BKM Fasa 4 Dipercepatkan, Boleh Semak Bayaran Mulai 15 November Ini


Gaji atau wang yang diperolehi kadang kala tidak mencukupi bagi sesebuah keluarga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai dan hanya suami sahaja bekerja. Untuk meneruskan kelangsungan hidup teramatlah perit.

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM merupakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan bagi menyokong keperluan rakyat. Pastinya ianya adalah salah satu inisiatif Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan B40.

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun ataupun 4 fasa dalam masa setahun. Bagi fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 ianya sudah selesai dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing.

BKM Fasa 4 Dipercepatkan, Boleh Semak Bayaran Mulai 15 November Ini

Malah pasti ramai dalam kalangan kita sudah habis menggunakannya. Manakala, terbaharu, Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dipercepatkan.

Menurut beliau, pembayaran BKM fasa 4 dipercepatkan bagi membantu penerima untuk menghadapi monsun timur laut yang dijangka bermula pertengahan November ini.

Sepatutnya, BKM fasa 4 akan dikreditkan bermula bulan depan iaitu pada Disember namun susulan monsun timur laut itu, bantuan tersebut akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima bermula 15 November ini.

Semoga dengan pembayaran yang dikreditkan lebih awal ini dapat memudahkan dan memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta penerima.

Jumlah Bayaran BKM

Sekadar makluman, penerima yang lulus akan menerima bantuan sehingga RM2600 berdasarkan kelayakan penerima masing-masing. Terdapat beberapa kategori penerima iaitu:-

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

1. Pendapatan isi rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM1,100
  • 1-2 anak – RM1,600
  • 3 anak & ke atas – RM2,100

2. Pendapatan isi rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM500
  • 1-2 anak – RM700
  • 3 anak & ke atas – RM900

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

1. Pendapatan isi rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM1,400
  • 1-2 anak – RM1,900
  • 3 anak & ke atas – RM2,400

2. Pendapatan isi rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM800
  • 1-2 anak – RM1000
  • 3 anak & ke atas – RM1,200

Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak) – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

1. Pendapatan isi rumah RM0 – RM2500

  • 1-2 anak – RM2,100
  • 3 anak & ke atas – RM2,600

2. Pendapatan isi rumah RM2501 – RM5000

  • 1-2 anak – RM1,200
  • 3 anak & ke atas – RM1,400

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak- Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • RM400

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak- Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

Pendapatan RM0 – RM5000

  • RM650

Bagi kaedah pembayaran pula, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian, permohonan BKM ataupun kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/BKC.

Sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat ( gagal kredit), bayaran tersebut boleh dituntut secara tunai di cawangan BSN. Begitu juga bagi yang tiada akaun bank, akaun tidak aktif dan akaun tutup.

Sumber maklumat & gambar: Twitter BERNAMA 

Baca juga: “Dia Buat Macam Atuk Dia..” Tenang Berada Di Tepi Tan Sri Muhyiddin, Adik Ini Buat Ramai Faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat