Dulu Dianggap Anak Kucing Namun Kini Seperti Harimau Yang Mengaum – Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan ahli Parlimen Muar yang masih muda. Beliau juga pendebat terbaik asia tidak salahlah orang muar memilih beliau sebagai wakil rakyat.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menganggap Syed sebagai “anak kucing” dan ‘setahun jagung’. Namun Pilihan Raya ke 14 membuktikan bahawa tanggapan Datuk Seri Hishammuddin adalah salah dan memberi tamparan hebat buat Barisan Nasional tentang kebolehan anak muda ini.
Kini Syed Saddiq bukan “anak kucing” seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini.
Syed Saddiq juga lantang bersuara tentang masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat seperti tindakan natizen yang mengecam Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang dilabel netizen sebagai pengkhianat kerana menyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan sebelum ini.
Selain itu, memberikan pendapat yang rasional, seperti tindakan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian peruntukan pembangunan kepada ADUN pembangkang tidak akan mendapat sebarang peruntukkan, sama seperti amalan kerajaan BN dahulu.
[ Artikel Berkait : Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Tidak Setuju Dengan Cara Menteri Besar Johor Mengetepikan Pembangkang]
Inilah anak muda mahukan, buang sifat mazmumah. Utamakan rakyat bukan peribadi walaupun berbeza parti. Harap Syed Saddiq dapat beri perubahan terutama di kalangan orang muda dan negara.