Kenali Roti Anda

Sumber Rujukan : Zulfadli Hakim Zulkefli

Ramai antara kita suka menjadikan roti sebagai makanan utama untuk sarapan pagi. Tetapi tahukah anda tentang label GI dan GL yang tertera di bungkusan roti seperti roti Gardenia?

Zulfadli Hakim Zulkefli telah berkongsi di laman facebook beliau tentang label yang tertera di bungkusan roti.

Baru-baru ini aku pergi beli barang dapur bersama keluarga di Giant.

Memandangkan baru-baru ini juga ada kelas berkaitan Glycemix Index (GI), jadi aku dengan rela hatinya menapak ke bahagian roti di pasaraya tersebut dan membuat self-surveying.

Setahu aku, dalam banyak-banyak jenama roti, hanya Gardenia yang mempunyai label GI.

Sebelum itu, sini aku terangkan apa itu GI.

GI ini adalah satu sistem piawai makanan berdasarkan kesan makanan berkanji kepada paras glukosa darah dalam tempoh masa 2-3 jam berdasarkan makanan rujukan (Glukosa).

Maksudnya sekiranya kita nak tahu makanan jenis karbohidrat yang kita makan itu macam mana penyerapannya ke atas darah kita, maka kita boleh melihat kepada nilai GI.

GI ini ada 3 tahap :
– Rendah : 0 – 55
– Sederhana : 55 – 70
– Tinggi : 70 – 100

Semakin tinggi nilai GI, Semakin cepatlah masa pencernaan dan penyerapan makanan tersebut.

Satu hal sekiranya GI, sekeping roti 46.
Jadi, kalau kita ambil lebih daripada satu roti, berapa GI nya?
Adakah meningkat ataupun sebaliknya?

Sekiranya GI roti tersebut 46, maka banyak mana kita makan pun, GI ianya tetap sama iaitu 46.

Tetapi . . .

Makan makanan berkarbohidrat dengan jumlah yang banyak meningkatkan paras gula dalam darah.
Macam mana tu?

Maka, selain melihat kepada GI, ada lagi satu perkara perlu kita ketahui iaitu GL.

Apa itu GL?

GL (Glycemix Load) merupakan satu indikator lain yang menggunakan GI untuk menentukan berapa banyak jumlah makanan berkanji yang kita boleh makan supaya tidak terjadinya paras gula yang tinggi dalam darah.

Ok tarik nafas dahulu dan fahamkan pula mengenai GL.

Senang cerita kita ada roti yang GI dia 46.
Tapi kita nak ambil berapa bahagian (portion) supaya paras gula kita tak naik.
Jadi, kita akan melihat kepada GL.
GL ini tentukan berapa banyak portion kita perlu ambil walaupun makanan itu rendah GI.

Sebab itu pentingnya GI & GL.
Makanan rendah GI tapi kalau GL tinggi, boleh menyebabkan paras glukosa dalam darah kita tinggi juga.

Jadi apa guna kita kawal GI kalau tak kawal GL.

GL pun ada 3 tahap iaitu :
Rendah : bawah 10
Sederhana : 11 – 19
Tinggi : > 20

Formulanya,

GL = (GI × grams of CHO) ÷ 100

*grams of CHO tu guna food exchange system.

Contoh kalau sekeping roti sama dengan 1 exchange.
1 exchange sama dengan 15 grams CHO.

Jadi,

GL 1 roti = (46 × 15) ÷ 100
GL 1 roti = 6.9 (kategori rendah GL)

Kalau kita ambil dua keping roti,
GL 2 roti = (46 × 30) ÷ 100
GL 2 roti = 13.8 (kategori sederhana)

Nampak tak bezanya walaupun GI sama.

Nak tahu macam mana nak kira selebihnya kena google atau tanya Nutritionist @ Dieticians mengenai food exchange system.

Ok dah banyak sangat takut terkeliru.

Pegang dua benda ini untuk GL yang normal :
1- amik makanan GI rendah.
2- kawal portion makanan kita ambil.

Selain daripada itu, ada beberapa perkara juga kita kena tahu mengenai Faktor2 yang mempengaruhi GI (cth : tempoh masak, asid, dll)

Yang ini akan dibincangkan kemudian.
Nanti pening pula.

Kbai.
Selamat membaca dan selamat mengamalkan.

Semoga bermanfaat.
Wallahua’lam.

Nota kaki :
Ada salah fakta beritahu ye.
TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat