AWAS!!! 5 Kesan Buruk Jika Duduk Terlalu Lama, WAJIB anda ketahui


Percaya atau tidak bahawa duduk terlalu lama boleh membawa kesan buruk kepada diri anda. Lebih daripada setengah golongan masyarakat menjalani hari mereka melalui kedudukan duduk.

Katy Bowman yang merupakan seorang Saintis Kerosakan Organ menjelaskan, seseorang individu moden menghabiskan sekitar 10 jam sehari untuk duduk. Di mana jika mereka melakukan senaman selama 30 – 60 min belum tentu dapat memulihkan keterjejasan tubuh yang disebabkan tabiat duduk itu.

Dr James Levine yang merupakan seorang pengarang buku “Get Up! Why Your Chair Is Killing You and What You Can Do About It”. Beliau telah menghabiskan sebahagian daripada kerjayanya untuk menyiasat tentang kesan kesihatan manusia semasa duduk.

Hasil siasatannya menunjukkan bahawa, apabila anda duduk terlalu lama dan serta merta bangun dari duduk itu, beberapa reaksi molekul akan berlaku.

Sebagai contoh, semasa seseorang berdiri selama 90 saat, fungsi sistem tubuh  termasuklah sistem otot dan selular yang memproses gula darah, kolesterol dan lain lain yang dimediasi oleh insulin akan diaktifkan.

Dalam erti kata lain, apabila mekanisma selular ini aktif, ia akan memberi rangsangan positif kepada sel-sel tubuh dan jika dilakukan selalu, ia boleh mengurangkan risiko seseorang menghidap obesiti dan diabetes.

Apabila seseorang berhenti bergerak dalam jangka masa yang agak lama, ia seperti memberitahu tubuh bahwa masanya tubuh berhenti berfungsi dan bersedia menunggu kematian.

Risiko2 yang boleh di hadapi jika duduk terlalu lama:

Kerosakan organ

  • Risiko duduk terlalu lama juga boleh mempengaruhi dan meningkatkan kerosakan organ seperti jantung, pankreas, kanser paru-paru, kanser rahim dan kanser kolon.

Masalah Penghadaman

  • Seseorang itu boleh menghadapi masalah penghadaman akibat duduk sebaik selepas makan akan beri tekanan kepada abdomen.Hal ini akan menyebabkan kembung perut, buncit, pedih ulu hati serta sembelit.

Kerosakan otak

  • Kerosakan otak juga boleh terjadi jika duduk terlalu lama kerana apabila seseorang itu dudu terlalu lama, otak akan berfungsi secara perlahan. Pengaliran darah dan oksigen ke otak akan berkurang.

Masalah Postur Badan

  • Sakit Leher dan Bahu – Secara semula jadinya, apabila seseorang itu duduk terlalu lama mereka akan tercenderung untuk membongkokkan sedikit badan mereka secara automatik. Ini yang menyebabkan sakit leher dan bahu boleh terjadi.
  • Masalah Belakang – Postur duduk yang tidak berapa betul dari seseorang itu boleh mengakibatkan sakit belakang berlaku. Ini kerana duduk akan akan menyalurkan lebih tekanan kepada tulang belakang. Apabila asyik duduk, cakera tulang belakang (yang sepatutnya diaktifkan dengan gerakan) menjadi lemah seterusnya tidak dapat menyerap darah dan nutrien.

Digenerasi Otot

  • Berdiri memerlukan anda menegangkan otot perut anda, yang tidak digunakan ketika anda duduk, akhirnya menyebabkan abdominals lemah.
  • Masalah Pinggul: Pinggul adalah bahagian utama yang digunakan sewaktu duduk. Jadi apabila sering duduk, bahagian tersebut akan kaku dan mengeras kerana jarang bergerak. Ini akan membuatkan tulang pinggul jadi lemah dan boleh membuat seseorang berisiko untuk terjatuh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat