Bagaimana Menyimpan Duit Dengan Konsisten Dan Disiplin
Golongan bekerja di seluruh negara mungkin sukar menyimpan wang. Kemungkinan dengan alasan yang diberikan adalah gagal menyimpan wang kerana kos sara hidup yang semakin mendesak. Namun Mohd Nazri Mohd Noh mampu menyimpan duit dengan Konsisten dan disiplin setiap tahun.
Pejam celik pejam celik kejap dah sampai penghujung tahun 2017. Kalau tahun lepas aku guna botol air mineral 5 liter untuk dijadikkan tabung, tahun ni aku tukar sikit saiz bekas tabung. Aku guna botol air mineral 1.5 liter dengan bekas kuih raya sahaja memandangkan faktor ruang yang terhad nak letak semua bekas-bekas tu. Buat apa kita nak beli tabung mahal-mahal sedangkan duit beli tabung tu kita boleh simpan dalam tabung. Betul tak?
Konsep yang aku praktikan masih sama macam tahun lepas, SIMPAN & LUPA cuma tahun ni aku tambah note RM20 yang mana aku namakan tabung-tabung ni sempena parti politik kat Malaysia “ikut kaler duit”. Caranya, kalau korang jumpa duit mcm kat bwh ni korang singkirkan siap2 dari dompet:
- Tabung Parti Amanah (kaler kuning) = RM20
- Tabung Parti PAS (kaler hijau) = RM5
- Tabung Parti BN (kaler biru)= RM1 (tetapkan simpan RM1 x 5 keping = RM5)
- Tabung Parti BEBAS (campuran syilling RM1, RM0.50, RM0.20, RM0.10 & RM0.05)
Hasilnya dapatlah terkumpul RM3,809.45 dari awal tahun hari tu.
- Syilling = RM423.45
- RM1 x 301 = RM301.00
- RM5 x 176 = RM880.00
- RM20 x 110 = RM2,200.00
Menabung ni cabaran dia, DISIPLIN + KONSISTEN. Macam akulah yang kadang-kadang ada juga terkorek balik duit dalam tabung tu terutama masa tengah-tengah bulan sementara nak tunggu dapat gaji atau tiba-tiba ada hal emergency. Jadi, kalau terambil tu pandai-pandailah kena cover balik mana yang dah terguna.
Dah alang-alang aku rajin menulis ni, aku nak tambah sikitlah tips sambil-sambil menabung :
1) Rajin Bersedekah
Tak kisahlah berapa nilai yang kau nak sedekah pun tapi yg penting kau ikhlas.
2) Rajin Hulur Tabung Masjid Ketika Hari Jumaat
Kaum lelaki ini aku nasihatkan sangat untuk rajin-rajinlah hulur mana yang patut kat tabung masjid terutamanya masa hari Jumaat. Tak cukup kacak bro kalau kau setakat sedekahkan senyuman masa tabung tu lalu depan kau. Istilah “Senyum tu satu sedekah” tak terpakai untuk situasi ni.
3) Menunaikan Zakat
Zakatkan pendapatan dan harta yg sepatutnya. Kau takkan jatuh miskin pun bila tunaikan zakat.
4) Hulur Kepada Ibu-Bapa
Jangan lupa hulur-hulurlah dekat mak ngan ayah di kampung. Rezeki kita In Sha Allah akan bertambah berkat sebenarnya kalau bagi pada mak dgn ayah. Kadang-kadang diorang taknak pun duit kau tu, tapi sekurang-kurangnya bila kau hulur tu mesti diorang akan doakan korang supaya dilimpahkan lagi rezeki.
5) Kongsi Rezeki Kepada Rakan-Rakan
Bila kau keluar makan dgn kawan-kawan tu sesekali belanjalah diorang. Org kata dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Kalau korang banyak duit tu ikut kau lah nak belanja dekat restoran atau cafe hipster. Kalau tak pun setakat minum cendol atau ABC kat warung bawah pokok pun aku rasa ok jer. Tapi kalau ada perangai kawan-kawan korang yang asyik minta kau bayar jer bila keluar makan tu atau jenis perangai yg sentiasa tertinggal dompet, baik kau tinggalkan dia jer. Tu jenis kawan yang tak guna dan suka amik kesempatan.
6) Bijak Dalam Merancang Kewangan
Bagi korang yang dah ada pasangan hidup atau yang dah berumah tangga, pandai-pandailah bijak dalam merancang kewangan. Bukan apa, banyak komitmen dan perkara-perkara penting yang kau kena bagi keutamaan. Jangan terlalu boros berbelanja dengan gaya hidup mewah dan terikut dengan apa yg org lain ada. Kena bawa berbincang dengan pasangan kalau kau mahukan sesuatu tu. Bukan ikut kehendak nafsu kau sorang jer sampai nak kena berhutang sana sini. Kata nak hidup untill jannah kan? Berpada-padalah sewaktu berbelanja supaya kau tak ke lembah neraka kewangan.
7) Follow Page Perancangan Kewangan
Follow mana-mana page perancang kewangan yang ada. Page KRT dgn IIUM confession boleh kau follow takkan page yang lagi bermanfaat taknak follow? At least kau dapat belajar dan tambah ilmu mcm mana nak uruskan kewangan, hartanah dan simpan duit untuk masa depan dari otai-otai dan pakar-pakar kewangan. Mungkin gaji kau sekarang hanya cukup-cukup makan untuk tampung hidup, bayar hutang-hutang dan segala bil, tapi tak salah kan bila kau follow page-page camni bolehlah jadikan motivasi diri.
Jadi, dah nak masuk tahun 2018 ni jom kita menabung kengkawan! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.