Saman Menyaman Hanya Kayakan Peguam, Mydin Mahu Kerjasama Buat Amal Kalau Caprice Sudi


Sejak kebelakangan ini, terlampau banyak isu yang mendapat perhatian orang ramai. Dari kes guru Matematik yang berjuang demi anak bangsa sehinggalah kepada kisah menyedihkan yang membabitkan seorang kakak membunuh darah daging sendiri.

Ya, itulah kehidupan. Masih banyak lagi kejadian menyedihkan, menyeramkan, menakutkan yang berlaku sebenarnya. Namun mungkin tidak mendapat perhatian media dan orang ramai. Kadangkala otak pun sudah berasa tepu dek kerana terlampau banyak kisah-kisah viral yang muncul.

Malah terbaharu, timbul pula isu selebriti Malaysia iaitu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang ingin menyaman pasar raya terkenal, Mydin. Saman tersebut adalah berikutan ciapan di Twitter rasmi Mydin yang didakwa memalukan dirinya.

Ekoran itu, Rabu semalam, Caprice menerusi Instagram-nya telah menyatakan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk menyaman Mydin. Sekiranya pihak Mydin tidak membuat sebarang permohonan maaf dalam tempoh 24 jam, dia akan meneruskan hasrat tersebut iaitu menyaman Mydin.

Walaubagaimanpun, menurut Dr Ameer, pasar raya berkenaan tidak pernah menyebut atau menggunakan nama Selebriti tersebut pada mana-mana hantaran atau ciapan di media sosial mereka.

“Kalau dia nak saman, samanlah. Tetapi kenapa nak saman kita? Kita tak pakai nama dia pun. Sebenarnya, siapa makan cili, dia yang rasa pedas,” Jelas beliau kepada Sinar Harian.

Saman Menyaman Hanya Kayakan Peguam, Mydin Mahu Kerjasama Buat Amal Kalau Caprice Sudi

Dalam masa yang sama, menerusi InstaStory, Caprice turut menawarkan untuk belanja rakyat Malaysia dengan 5 barang percuma di pasar raya tersebut.

Ekoran daripada itu, Pengarah Urusan Mydin, Dr Ameer Ali sempat berterima kasih kepada Caprice kerana selalu membeli barangan di pasar raya Mydin bagi menjalankan kerja-kerja amalnya.

Dr Ameer Ali juga sempat meluahkan hasrat untuk bekerjasama melakukan kerja amal jika Caprice sudi. Pihak Mydin akan menambah satu lagi barang percuma dari 5 barang yang ditawarkan oleh Caprice iaitu satu kilogram gula.

“Baguslah dia buat kerja amal dan kita pun nak bekerjasama kalau dia sudi. Dia nak bagi lima barang percuma dan Mydin akan tambah satu barang lagi. Kita beri satu kilogram peket gula percuma.”

Tambah beliau lagi, niat tersebut adalah untuk bekerjasama menolong rakyat dan bukan untuk bertengkar, apa lagi saman menyaman antara satu sama lain. Beliau turut berpendapat, saman menyaman hanya mengayakan peguam, jadi lebih baik jika sama-sama menggunakan duit tersebut untuk tujuan amal.

“Ini tanggungjawab sosial korporat (CSR) Mydin Prihatin. Niat kita nak bekerjasama dan tolong rakyat. Kita bukan nak bertengkar serta saman menyaman antara satu sama lain.”

“Saman menyaman antara satu sama lain ini akan mengayakan peguam, tidak akan kayakan dia, tidak kayakan saya dan baik kita gunakan duit itu untuk tujuan amal.” akhiri Pengarah Urusan Mydin, Dr Ameer Ali.

Semoga salah faham dan perkara yang berbangkit antara Caprice dan pihak Mydin ini dapat diselesaikan dengan baik secepatnya. Bukankah lebih baik jika sama-sama bekerjasama melakukan amal kebajikan daripada saman menyaman.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Kieda Dakwa Setiap Hari Tingkap Rumah Ada Kesan Cungkil, Rupa-Rupanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat