Kenali Kereta Terlaju Di Dunia


Kenali Kereta Terlaju Di Dunia

Kenali kereta terlaju serta kelebihan masing masing yang sering menjadi kegilaan para peminat di dunia. Setiap tahun pasti ada benda baru. Itulah yang dinamakan peredaran zaman dimana teknologi semakin maju dengan inovasi dan penggunaan bahan binaan yang eksotik dah bermutu tinggi.

Antara senarai kereta terlalu yang masih sedang dalam pengeluaran dan juga mematuhi undang-undang jalanraya:

1. Bugatti Chiron Sport: 420km/j

kenali kereta

  • Kelajuan kereta ini pastinya menenggelamkan setiap kenderaan yang tersenarai disini, dan itulah yang Bugatti ingin capai.
  • Kereta ini menggunakan enjin yang sama seperti Chiron “biasa” iaitu enjin W16 empat-turbo yang menghasilkan 1479 kuasa kuda
  • Beratnya kurang 18kg dari Chiron “biasa”
  • Bugatti menggunakan komponen-komponen ‘carbon fibre‘ dan bahan-bahan yang ringan dan teguh untuk suspensi dan rim
  • Bugatti belum lagi membuat percubaan menggunakan kereta ini jadi kita hanya mampu mengandaikan kelajuannya sama seperti Chiron “biasa” yang dihadkan pada 420km/j

2. Mercedes-AMG Project One: 349km/j

kenali

  • Mercedes-AMG yakin menyatakan bahawa hypercar terbaharu mereka, Project One, boleh mencapai kelajuan “sekurang-kurangnya” 349km/j
  • Lewis Hamilton iaitu bintang F1 membantu dalam pembangunan Project One dan juga memandu model pertama yang ditunjukkan pada dunia di Frankfurt Auto Show pada September 2017
  • Model enjin-belakang, pacuan empat roda ini mempunyai V6 1.6 liter yang dibantu oleh sistem hibrid ‘plug-in’ dan empat motor elektrik yang menurut mereka, akan memecut dari 0-180km/j dalam hanya 6 saat

3. Lamborghini Aventador SVJ: 349km/j

kenali

  • Memakai nama “Jota” yang mengambil inspirasi dari model Miura P400 Jota dari 70-an oleh pembuat kereta Itali tersebut
  • Menambah lebih prestasi dari Aventador SV, enjin V12 6.5 liternya menghasilkan 759 kuasa kuda, yang melonjakkan yang dari 0-100km/j dalam 2.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 349km/

4. Ford GT: 347km/j

  • Diilhamkan oleh model Ford yang memenangi lumba Le Mans menentang Ferrari pada 70-an
  • GT menggunakan enjin EcoBoost 3.5 liter yang terdapat dalam trak pikap Ford F-150 yang diubahsuai untuk menghasilkan 647 kuasa kuda dan 745Nm tork membolehkan ia untuk memecut dari 0-100 dalam hanya 3 saat

5. Chevrolet Corvette ZR1: 341km/j

  • Mempunyai kelajuan 341km/j ini meneruskan tradisi Amerika Syarikat membina kereta berprestasi tinggi dengan kos rendah
  • Dengan harga RM500,000, anda dapat enjin V8 ‘supercharged‘ 6.2 liter yang menghasilkan 755 kuasa kuda dan 969Nm tork

6. Aston Martin DBS Superleggera: 339km/j

  • Tekstur atau bentuk kereta yang seksi ini boleh mencapai kelajuan tertinggi 339km/j dan memecut dari 0-100km/j dalam 3.2 saat
  • Kelajuan itu adalah daripada 715 kuasa kuda yang dihasilkan oleh enjin V12 dwi-turbo 5.2 liter

7. Porsche 911 GT2 RS: 339km/j

  • Digelar ‘widowmaker‘ oleh peminat Porsche
  • Enjin enam lejang ‘boxer‘ dwi-turbo 3.8 liter di belakangnya menghasilkan 700 kuasa kuda dan 749Nm tork

8. McLaren Senna: 334km/j

  • Badan kereta ini diperbuat sepenuhnya dengan ‘carbon fibre‘ yang mengambil lebih 1000 jam untuk dipasang dengan tangan
  • Mempunyai enjin V8 dwi-turbo 4.0 liter yang menghasilkan 789 kuasa kuda. Pecutan 0-100 hanya dalam 2.7 saat

9. Bentley Continental GT: 333km/j

  • Continental GT generasi ketiga ini memecut dari 0-100 km/j dengan hanya 3.6 saat lalu mencapai kelajuan tertingginya 333km/j
  • Enjin W12 TSI nya adalah varian yang diperbaharui dari SUV Bentayga mereka, menghasilkan 626 kuasa kuda dan 900Nm tork pada kesemua empat roda

10. Dodge Challenger SRT Hellcat RedEye: 326km/j

  • Diperkenalkan baru-baru ini sebagai varian terhebat dari model Challenger Hellcat yang dibuat oleh Dodge
  • Di bawah ‘hood dwi-snorkel‘-nya terdapat enjin V8 6.4 liter ‘supercharge‘ yang menghasilkan 797 kuasa kuda serta 958Nm tork
  • Namun dengan menekan pedal minyak sepenuhnya, RedEye ini juga meminum 5.41 liter petrol setiap minit, maknanya tangki minyak akan kosong hanya dalam 11 minit

Sumber : sepanasudip.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat