15 Cara Mendidik Anak Mengikut Islam. Guna Teknik Psikologi!
Selalu kita dengar, bila melihat seseorang anak nakal kelakuannya, masyarakat pasti akan kata, “Haa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la dengan budak tu. Dah besar nanti pasti jahat“. Agak keras bunyinya kan?
Bagaimana jika anak itu adalah anak kita sendiri? Sudah tentu akan meruntun jiwa. Meskipun kita sudah mengajar anak kita, tetapi mereka terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Tidak ada salahnya kita memberi sedikit nasihat kepada mereka kan? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan menjadi lebih teruk lagi.
Jadi apakah tindakan yang sepatutnya ibubapa lakukan? Jom kita lihat tips dan panduan mendidik anak-anak.
1. Elakkan Pukul Anak Dari Bahagian Lutut Ke Atas
Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut ke atas. Kalau marah sekali pun, pukul tapak kali anak. Yang disarankan ialah nasihat dahulu, baru dipukul (jika perlu).
2. Elakkan Guna Tangan Atau Anggota Tubuh Yang Lain Untuk Memukul Anak
Jika ada ibubapa yang pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia mungkin akan menyebabkan anak menjadi lebih nakal dan degil.
3. Ajar Anak Solat
Rotan atau pukul anak di telapak kakinya jika tidak solat. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
Imam Nawawi ada mengatakan, orang yang tidak diberatkan mendirikan solat, tidak diperintahkan kita menyuruh mereka mengerjakannya, kecuali anak-anak kecil lelaki dan perempuan. Anak yang telah berumur 7 tahun jika mumayyiz, disuruh untuk solat atas dasar sunnat mendidikan solat dan jika mereka telah mencapai umur 10 tahun, wajiblah disuruh untuk mendirikan solat. Dan dipukul jika mereka enggan mendirikannya.
Dalam firman Allah yang bermaksud :
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
4. Nama Panggilan Yang Baik
Beri dan panggil anak dengan nama yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda merasa malu dan kurang keyakinan diri. Lebih malu jika ada kawan-kawan yang mengetahui nama panggilan tersebut.
5. Peluk Anak Setiap Hari
Peluklah anak anda setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih tinggi daripada anak yang jarang dipeluk.
6. Pandangan Kasih Sayang
Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ikan membuatkan anak-anak merasa kasih sayang yang dicurahkan oleh ibubapa.
7. Berikan Pujian Pada Anak
Berikan pujian setiap kali anak anda melakukan kebaikan. Anak akan merasa usahanya lebih dihargai kerana mendapat pujian atas perbuatannya. Pujian ini bukan hanya dengan kata-kata, tetapi boleh dilakukan dengan memberikan pelukan, mengusap kepala, senyum dan sebagainya. Pujian sebenarnya adalah satu bentuk motivasi yang berfungsi untuk meningkatkan jati diri anak, mengajar supaya tidak menyerah dan merapatkan hubungan antara anak dan ibubapa.
8. Akui Kesilapan Anak
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang untuk sentiasa melakukan perkara baik, mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9. Utamakan Keluarga atau ‘Family First’
Jika anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Kerana keluarga lebih penting dari segala-galanya terutamanya waktu dengan anak-anak.
10. Elakkan Mengeluh Kerana Anak. Ucaplah ‘Astagfirullah’
Dalam membesarkan anak-anak, janganlah ibu bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak rasa terbeban.
11. Dengar Bila Anak Bercakap
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tidak akan didengari pada masa akan datang. Ajar anak untuk tunggu giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’ apabila anak bercerita tentang apa sahaja.
12. Tenangkan Anak
Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Tenagkan anak setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan pancarkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
13. Tunjukkan Anak Bagaimana Cara Menenangkan Diri
Kalau anak-anak bergaduh, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14. Sambut ‘Birthday’ Bersama
Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, tiada sambutan hari jadi. Namun zaman sekarang sudah lain. Ibubapa boleh cuba buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari jadi mereka. Ini kan membuatkan anak anda belajar menghargai seseorang dalam hidup mereka. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
15. Terima Anak Seadaanya
Terimalah kekurangan dan kelebihan anak seadanya. Tiada anak yang sempurna. Oleh itu, terimalah seadanya anak itu dan lakukan apa sahaja supaya menjadikan dia anak yang hebat mengikut potensi dan kapasiti yang ada padanya.
Ada anak-anak yang daripada awal lagi sudah menunjukkan kematangan berfikir dan cemerlang. Ada pula anak-anak yang agak lambat perkembangan diri dan kematangannya. Adakalanya kita perlu banyak bersabar dan optimis dalam mendidik anak kita. Jangan putus semangat untuk melihat dia berjaya walaupun mungkin nampak kelam pada awalnya.