Seorang Ibu Melambung Semasa Mengunakan Telefon Pintar Ketika Hujan Lebat
Pesanan orang tua-tua biasanya tidak di endahkan, biasa lah kan selagi tidak hadapi sendiri selagi itu la susah nak percaya atau ambil berat dalam sesuatu perkara tersebut. Tambah pula pada zaman “gadget” ni, tak dapat main fon 1 jam pun dah macam orang hilang anak. Ni ada sedikit kisah dan perkongsian pengalaman daripada sorang akak yang dikenali sebagai Nik Nur Fila (nama facebook) yang baru sahaja mengalami pengalaman ngeri di dalam dunia “gadget”.
Petir petang tadi kuat kan ? nasib baik tak arwah. Syukur, masih dipanjang umur hingga sekarang, menaip ni pun masih trauma, ketar2 kebas tangan. seriau nak pegang phone.
Betul la orang kata, bila dah kene kat diri sendiri baru la kau tahu rasa. And yes ! today is my turn. Innalillahiwaillahirajiun.
Sesiapa sebelum ni pun pernah pesan, Jangan main phone masa tengah charge! Jangan pegang phone masa hujan lebat. Nak di jadikan sebab, maghrib tadi baru 5minit pegang phone sebab seharian jaga anak demam, tak sempat nak scroll newsfeed, tetiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia harini, baru je nak komen. Tetiba petir berdentum, satu rumah blackout. Plug hangus , screen phone pecah (mungkin dah rosak). Bayangkan mima yang tengah pegang phone masa kejadian, tak tahu macam mana dengan berat 77kg pun boleh melayang melambung sampai dari bucu katil sana hingga bucu katil sini.
MELAMBUNG WEII!!!
Dia punya sakit jangan cakap laa, menangis sampai hilang suara, telinga berdesing, kepala bengang, tangan kanan tak rasa apa. Kebas sampai sekarang, sendi semua sengal. Alhamdulillah, syukur nasib baik tak kene renjatan atau hangus tanpa taubat. dasyat tak dasyat dinding bilik sampai retak teruk. nasib baik takde litar pintas terjadi.
Peringatan kat diri sendiri jugak atau kat siapa2 yang suka main phone. Kalau hujan lebat tu boleh kot, slow2 cabut plug yang mana tak guna. kena current dekat plug sebab tangan basah tu tak sama dengan kene current masa petir nii. Boleh maut kalau terlambat, Alhamdulillah sekarang dah boleh gerak jari slow2, tapi tangan kanan masih kebas tak terasa, telinga masih berdesing, darah kat tangan masih belum stabil (pucat) .
Nasib baik ada suami geng current juga. boleh sama-sama ketawa sebab sama-sama dah rasa. LOL !
So hati-hati kalau phone yang tengah charge, kalau boleh tak payah sentuh pun phone kalau tengah charge atau hujan. Kalau taknak rasa pengalaman gegar otok, bengong palo(kepala) dan sebagainya. Hihihi
Hati Hati korangg
Assalamualaikum
Semoga pengalaman yang akak Nik Nur Fila kongsikan ini dapat memberi nasihat kepada pengguna “gadget” di luar sana supaya lebih berhati-hati selepas ini.