Black Garlic : Makanan Tambahan Untuk Badan
Tahukah anda?
Terdapat beberapa jenis bawang di dalam dunia ini iaitu bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Kesemua jenis bawang ini biasanya digunakan dalam masakan harian. Bawang putih dan bawang merah setiap darinya ada kelebihan tersendiri.
Namun, kali ini Daily Rakyat ingin mencungkil rahsia kebaikan bawang putih hitam. Jarang yang pernah dengar bawang putih hitam ini.
Apa itu Black Garlic (Bawang Putih Hitam)?
Bawang Putih menjadi Black Garlic berikutan proses selama beberapa minggu di bawah haba panas dan kelembapan yang bersesuaian. Tekstur Black Garlic lembut seperti jeli dan tidak berbau berbanding White Garlic.Black Garlic kaya dengan asid amino dan 2 kali ganda jumlah antioksidan berbanding White Garlic.
Dari sudut pemakanan, Black Garlic mempunyai kandungan allicin yang lebih tinggi, kandungan dalam Bawang Putih yang memberi manfaatnya, tetapi tiada bau. Manfaat Black Garlic dua kali ganda berbanding dengan White Garlic. Ia juga mengurangkan keradangan, meningkatkan fungsi imun, adalah toksik kepada jenis2 kanser, dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Tambahan pula baik untuk sistem pencernaan dan minima untuk mendapat gastik.
Salah satu kandungan garlic adalah allicin, sebatian kaya sulfur yang mungkin senjata paling kuat terhadap bakteria, virus, kulat, dan parasit. Allicin adalah kandungan utama bawang putih secara biologi. Allicin bertanggungjawab untuk merendahkan lipid, pembekuan anti-darah, anti-hipertensi, anti-kanser, antioksidan dan anti-mikrob.