[VIDEO] Cabut Bendera, Adegan Pergaduhan Mulut Cetus Tawa Warganet “I Dah 15 Tahun Takde Kerja”


Pilihan Raya Umum sudah tidak lama, esok (19 November 2022) merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri membuatkan orang ramai ternanti-nanti,

Pastinya sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kedamaian dan kestabilan, mereka mahukan pemimpin yang terbaik. Namun begitu, setiap individu pasti memiliki pandangan masing-masing. Oleh sebab itu, Pilihan Raya Umum diadakan bagi memilih yang terbaik.

5 tahun sekali, lambakan bendera di tepi jalan dan tergantung ditiang-tiang lampu pasti kelihatan. Jika dahulu hanya kelihatan bendera hijau dan biru sahaja namun kini kelihatan banyak penambahan warna bendera. Indah kelihatan berbanding sebelum ini.

 [VIDEO] Cabut Bendera, Adegan Pergaduhan Mulut Cetus Tawa Warganet “I Dah 15 Tahun Takde Kerja”

Berkenaan dengan bendera yang dipacak di tepi jalan dan digantung di tiang-tiang lampu, ada segelintir rakyat yang berasa tidak puas hati dan melakukan kerosakan. Tidak kira sama ada membuangnya, membakarnya ataupun menggumpalnya.

Terbaharu, viral sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang menarik bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacak di tengah-tengah jalan. Tidak dapat diketahui lebih lanjut apakah asbab utama wanita berkenaan mencabutnya.

Mengikut segelintir warganet di ruangan komen video yang dikongsikan oleh Rafid Rosdan di aplikasi TikTok, katanya wanita berkenaan ‘kurang sihat’. Namun apa yang mencetus tawa warga TikTok adalah apabila perekod video dan wanita berkenaan bergaduh mulut.

Wanita berkenaan kelihatan sangat marah ketika ditanya oleh Rafid. Malah dia sempat meluahkan selama ini, selama 15 tahun dia tidak ada kerja. Namun Rafid sempat memintanya mencari kerja dan apa yang diperkatakan oleh Rafid itulah membuatkan orang ramai berasa kelakar.

cabut bendera

Sebelum berlalu pergi, wanita berbaju kuning dan bertudung merah jambu itu sempat memberitahu tidak mahu bercakap dengan pemilik video dan kemudiannya berlalu dalam keadaan marah.

Takde kerja? cari la kerja..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar apa yang keluar dari mulut perekod video berkenaan.

“Takde kerja? cari la kerja” HAHAHAHHAHAHHAHA, tulis Ain Syafiqa

Tidak kurang juga ada yang berseloroh, mungkin wanita berkenaan sudah lama undi BN namun dikecewakan. “Dia mungkin dah lama undi BN. Tapi dikecewakan”, tulis pemilik akaun TikTok Horeyy.

Dalam masa yang sama, pemilik akaun TikTok KAAAA turut meninggalkan komen dan menyatakan patut wanita berkenaan dilihat badmood dan ada yang berkata, wanita berkenaan tidak berapa sihat.

“Patut lah datang isi minyak tadi badmood je. Ade org kata akak ni tak berapa sihat”

Mungkin keadaan wanita berkenaan kurang sihat, oleh sebab itu dia berkeadaan begitu. Cuba kita fikir, andai kata kita manusia normal, tiada sebarang masalah dan sihat pastinya kita tidak berkelakuan sedemikian rupa.

Walau bagaimanapun, jangan tuduh secara melulu. Pihak Daily Rakyat juga tidak mengetahui apakah masalah sebenar wanita berkenaan. Semoga dia dalam keadaan baik-baik sahaja dan sihat sejahtera. Semoga juga akak ini mendapat pekerjaan yang terbaik untuknya.

Sumber: TikTok rafidrosdan

Baca juga: Sekumpulan Yahudi & Kristian Rancang Untuk Ambil Alih Malaysia? – Tan Sri Muhyiddin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat