Kenali Pemilik Syarikat Weststar Yang ‘Low Profile’ Ini, Tidak Bermegah Walaupun Memiliki Puluhan Pesawat & Helikopter

Sumber Rujukan : Syahril A. Kadir

Adakah anda cukup mengenali pemilik nama Syed Azman Syed Ibrahim ini? Percayakah anda sekiranya dikatakan beliau adalah billionare Malaysia. Ya, beliau merupakan antara 50 orang yang terkaya di Malaysia. Kedudukan beliau ditempat ke 25 ini dianggarkan mempunyai harta yang berjumlah USD675 juta. Dengan jumlah yang sedemikian rupa kalau ditukar kepada RM hartanya dah berbillion-billion.

Dari seorang pegawai perisik tentera berpangkat Mejar beliau beralih kepada penjual kereta terpakai. Semangat juangnya dalam perniagaan memang sangat tinggi kerana beliau boleh sampai ke tahap ini. Memang cukup luar biasa!

Pada mulanya, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan isterinya memulakan perniagaan kereta terpakai selepas berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia. Beliau sering berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.

Pada ketika itu, beliau tidak memiliki AP (permit kelulusan) namun beliau berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Setelah berkongsi AP dengan rakan-rakan lama kelamaan beliau berjaya memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan. Tidak lama kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar kemudian barulah permit itu dianugerahkan kepadanya. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia. Kemudian beliau mendapat hak untuk mengedar Chevrolet dan Suzuki pula.

Bagaimana dari bisnes kereta bertukar kepada helikopter?

Mengenai helikopter, dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan raya. Lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau sudah pun membeli sebuah helikopte dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila helikopter itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat. Pada ketika itulah, Syed Azman mula sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

Lima tahun selepas itu, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama bagi menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar. Hari ini, pemilik syarikat Weststar yang ‘low profile’ itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memperoleh kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Belum lagi dicampur dengan perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan sebagainya. Walaupun harta dan asetnya mencecah berbilion ringgit, Syed Azman tetap enggan menyatakan jumlahnya. Katanya tidak boleh diberitahu berapa jumlahnya, ibunya tidak suka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat