“Ayah Minta Maaf Nak..” Lelaki Meraung, Kehilangan 4 Orang Ahli Keluarga Sekaligus


Kehilangan insan tersayang merupakan salah satu episod yang paling menyakitkan dalam kehidupan. Menerima hakikat bahawa kita sedang berhadapan dengan kehilangan itu perit. Tidak kisahlah sama ada kehilangan asbab pasangan memilih orang lain ataupun kematian.

Namun apabila kehilangan kematian, ia memberikan kesan yang lebih mendalam dan berpanjangan. Bayangkan kehidupan kita sebelum ini sentiasa ada insan tersebut. Namun tiba-tiba tiada lagi di sisi. Tiada lagi insan tersayang untuk berborak dan makan bersama-sama.

Lebih mengejutkan lagi adalah, insan paling disayangi itu pergi (meninggal dunia) secara tiba-tiba. Contohnya disebabkan kemalangan. Baru sahaja berjumpa, namun tiba-tiba mendapat khabar dia pergi meninggalkan kita selamanya.

“Ayah Minta Maaf Nak..” Lelaki Meraung, Kehilangan 4 Orang Ahli Keluarga Sekaligus

Bagi menerima hakikat tersebut pasti berat. Seperti mana yang baru sahaja berlaku, di mana ada seorang lelaki yang kehilangan empat ahli keluarganya sekaligus dalam kemalangan jalan raya. Tak siapa sangka, tak siapa duga, kegembiraan untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluarga tersayang berakhir dengan tragedi yang menyakitkan.

Empat sekeluarga termasuklah seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Estima dinaiki mereka dirempuh kenderaan lain. Manakala seorang kanak-kanak lelaki pula turut cedera.

Kejadian yang berlaku di simpang tiga Jalan Kolam Machap, Alor Gajah sekitar jam 7.45 minit pagi itu telah mengorbankan Ibrahim Daud, 71. Isterinya, Latipah Dorahim, 66, menantunya, Syazana Tharin, 30, serta cucunya Yusuf Daniel Muhammad Izwan, 5 tahun meninggal sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah.

Kematian tersebut adalah disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala. Superintendan Arshad Abu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah berkata, ketika kejadian kereta yang dipandu oleh Muhammad Izwan Ibrahim, 30, dalam perjalanan ke Alor Gajah dari arah Selandar.

Setibanya di simpang tiga berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusi 59 tahun dari arah Durian Tunggal keluar dari persimpangan secara tiba-tiba. Sebelum kenderaan Land Crusier tersebut membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.

Tambah Superintendan Arshad Abu lagi, mangsa Muhammad Izwan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun terlanggar bahagian kiri hadapan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Bagaimanapun, Muhammad Izwan dilaporkan selamat dan tiada sebarang kecederaan. Sementara anak lelakinya seorang lagi kini sedang dirawat di zon mereah di hospital yang sama. Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda itu juga telah dibawa ke hospital kerana mengalami sakit dada.

Nak..Allahuakhbar nak…

Apa yang menyedihkan lagi adalah apabila Izwan dilihat tidak henti-henti meraung meminta maaf sambi memegang salah seorang anaknya. “Nak..Allahuakhbar nak. Ayah minta maaf nak. Adik, ayah minta maaf nak..”

Sungguh tak terbayang dek mata. Kehilangan 4 orang ahli keluarga sekaligus dalam kemalangan cukup berat dan hebat ujiannya. Namun pasti Muhammad Izwan boleh melaluinya kerana Allah memilihnya. Allah uji kerna Allah tahu hambanya mampu.

Apa pun semoga Muhammad Izwan kuat dan tabah akan kehilangan ini. Semoga juga arwah yang pergi selamanya tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Majoriti Official & Sinar Harian

Baca juga: Hanya Pegang & Hidu Keropok Mamee Tapi Tak Makan, Adik Ini Buat Ramai Sebak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat