Nampak Bergurau, Tapi Ini Realiti Lulusan Universiti
Kini boleh dikatakan musim konvokesyen di beberapa universiti tempatan seluruh negara. Ramai graduan yang berkongsi kisah suka dan duka sepanjang bergelar pelajar dan berasa lega kerana berjaya menamatkan pelajaran mereka.
Seorang graduan berkongsi kisah mengenai set pakaian termahal pernah dipakai setakat ini di media sosial Twitternya.
Seorang graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), @SafwanBinRazak berkongsi pengalaman setelah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah di media sosial.
Menurutnya, antara set pakaian termahal yang penah dipakai olehnya seumur hidup ialah semasa dia menghadiri konvokesyen dengan mamakai pakaian formal, jubah konvo dan termasuk sijil degree (hutang pinjaman pendidikan).
Selain itu, dia juga ada menerangkan setiap harga baju dan seluar yang dipakai untuk menghadiri konvokesyen yang membuatkan warga laman sosial sedar akan bebanan yang ditanggung selepas bergelar graduan.
Pada kenyataannya, seorang pelajar perlu membayar banyak hutang disebabkan membuat pinjaman semasa belajar.
Salah satu cara untuk tidak membayar pinjaman ialah dengan mendapat skor cemerlang sehingga mampu memperoleh anugerah dekan. Namun begitu, dunia selepas belajar akan lebih mencabar. Tidak mustahil jika aturan hidup membawa anda membuka perniagaan sendiri dan berjaya, mungkin nilai pinjaman akan kelihatan sedikit.