Jenazah Pelajar Tahfiz Adik Thaqif Seperti Baru Dikebumi Semalam
Kubur jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula masih elok dan tidak berbau ketika digali semula.
Tindakan itu dilakukan oleh pihak hospital kerana bagi mengambil sampel dari kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.
“Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.
“Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.
“Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!” kata bapa saudara
Menurut Mas Arip lagi, dia bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.
“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.
“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” Katanya.
Kisah adik thaqif telah tular selepas dia didakwa dipukul pembantu warden di Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi.