Cara Kuruskan Badan Tanpa Melakukan Senaman
Kebanyakan kita ingin menjadi langsing dan kelihatan perfect betul tak? Tetapi bermacam jenis diet yang kita telah cuba adalah menyeksakan dan kesannya hilang dengan cepat selepas kita kembali kepada diet biasa kita. Terdapat pelbagai jenis diet yang kita boleh lakukan tanpa bersenam. Tentu ramai yang suka kan? Kerana tidak perlu berpeluh dan bersusah payah. Jom amalkan tips diet tanpa bersenam ini.
5 Cara Kuruskan Badan Tanpa Senaman:
1) Minum Air Secukupnya
Kita semua tahu bahawa air adalah amat penting untuk tubuh badan kita terutama sekali kepada anda yang ingin kurus. Tetapi anda mungkin tidak pernah menyangka betapa bermanfaatnya untuk metabolisme anda jika anda meminumnya pada masa yang sesuai. Ia merupakan cara kuruskan badan yang paling basic sekali.
Adalah lebih baik untuk anda minum 1 atau 2 gelas air 30 minit sebelum makan. Dengan cara ini, proses metabolik anda akan menjadi permulaan yang baru dan perut anda akan dipenuhi sebahagiannya. Ini dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
2) Gunakan Pinggan Bersaiz Kecil dan Menggunakan Penyepit
Untuk mengelakkan terlalu banyak berfikir tentang saiz bahagian anda, ambil pinggan yang lebih kecil dan makan hanya jumlah makanan yang boleh diletakkan dalam pinggan tersebut. Untuk bahagian penyepit pula apabila anda menggunakan penyepit anda makan lebih perlahan dan ini akan membantu anda merasa kenyang dengan makanan yang lebih sedikit.
3) Tidur Secukupnya
Sekarang anda mempunyai alasan yang baik untuk kekal di tempat tidur lebih lama kerana ia adalah sebahagian daripada diet anda. Sekiranya anda tidur, anda tidak boleh makan. Logik kan cara kuruskan badan ni, mudah saja?
Selain itu, tidur malam yang mencukupi mempunyai impak yang besar terhadap metabolisme yang baik dan tahap hormon yang betul. Badan anda tetap akan membakar kalori antara 50 hingga 100 dalam masa sejam walaupun anda tidak melakukan apa-apa pergerakan semasa tidur.
4) Pembakar Lemak
Anda tidak perlu menjauhi makanan yang biasa anda makan setiap hari. Anda hanya perlu mempelbagaikan menu anda dengan salmon, telur, kacang, minyak zaitun dan teh hijau. Makanan tersebut akan membantu membakar lemak yang terdapat dalam tubuh badan dengan baik.
5) Ketawa
Kami yakin anda amat suka menonton wayang ataupun cerita komedi. Apabila kita ketawa, penggunaan tenaga kita meningkat sehingga 20%. Selain itu, ia menjadikan otot perut berfungsi dengan lebih efektif. Jadi apakah rancangan komedi kegemaran anda? Tontonkannya, dan mulakan bersenam untuk kuruskan badan. Bukan sahaja itu, komedi boleh menceriakan anda dan mengurangkan stress. Tidak kira apa sekalipun bentuk badan anda, sains sudah membuktikan mereka yang lebih ceria akan kelihatan lebih cantik dan menawan.
Petua seperti kehidupan yang lebih ceria, tidur yang mencukupi, minum air yang banyak sudah terbukti bukan sahaja menolong anda dalan pengurusan berat badan, tetapi juga petua penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja akan membuatkan anda kelihatan lebih sihat dan menawan, tetapi juga lebih ceria dan bahagia untuk berdepan dengan orang ramai. Jadi, tunggu apa lagi, ingat tips di atas dan semoga berjaya.