5 ‘Rahsia’ Isi Hati Anak Perempuan Yang Si Ayah Perlu Ambil Tahu
Anak perempuan memang sinonim dengan perangai manjanya, lebih-lebih lagi dengan ayah. Kerana bagi mereka, ayah adalah hero dan pelindung mereka sejak kecil. Oleh itu, untuk mengekalkan hubungan antara ayah dan anak perempuan, kami kongsikan kepada ayah-ayah cara ‘rahsia’ untuk mengambil hati anak perempuan mereka.
1. Mereka Tengok Cara Anda Layan Ibu Mereka
Kadang-kadang, wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak dengan syarat bertikam lidah dengan cara yang baik. Jangan meningggikan suara, bercakap dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Melalui itu, anak kita belajar cara tentang Conflict Resolution.
2. Mereka Nak Rasa Keberadaan Ayahnya
Watak bapa ini biasanya bekerja keras dan sangat tertumpu kepada kerja mereka. Kadang-kadang, mungkin perlu meninggalkan kerja untuk sementara waktu. Layanlah anak-anak sepenuhnya. Tidak perlu lama, cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun sudah memadai. Beri mereka ciuman dan tengok terus ke mata mereka. Ia bahkan boleh mengisi jiwa mereka sepenuhnya! “She cares about spending time with you. Playing with you. Being with you!”
3. Mereka Nak Kita Faham Dunia Mereka
Anak perempuan yang remaja, mereka mahu ayahnya kenal dunia mereka. Cuba si ayah sensitif dan ketahui tentang isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri sehigga terabai anak serta cuba fahami dunia daripada kacamata anak perempuan kita. InsyaAllah anak perempuan kita akan rasa lebih dihargai, difahami dan dedengari. Barulah senang untuk dinasihati!
4. Mereka Nak Kita Lindungi Mereka
Meskipun anak perempuan kita mungkin tidak suka dikongkong tetapi mereka masih memerlukan seorang pelindung iaitu ayah mereka. Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung dan hero yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata-kata semangat dan menjadi orang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.
5. Mereka Nak Ayahnya Menjadi Pengkagum Nombor 1 Mereka
Mereka akan lebih bersemangat jika ayahnya ‘perasan’ dan mengetahui pencapainya mereka. Mereka hendak kita bagi pujian khas untuk mereka daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan pencapaian mereka. Menangislah dengan penuh bangga di depan anak perempuan di atas kejayaan dan penat lelah mereka untuk banggakan kita kerana tangisan kebanggaan seorang ayah adalah hadiah paling indah!
Terima kasih kepada suami dan ayah di seluruh dunia! YOU ARE AWESOME!