Generasi X, Y dan Z Menjadikan Wang sebagai Faktor Utama Kejayaan
Generasi Z secara sedar atau tidak sedar menjadikan wang itu sebagai satu faktor dalam menentukan kejayaan mereka. Sebanya 31 peratus daripada golongan muda yang menjadi responden ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dan sebanyak 37 peratus lagi hanya menjadikan pengusahaan membuat duit sebagai hobi mereka.
Generasi Z ini juga lebih suka meneroka perniagaan daripada memiliki sesuatu pekerjaan seperti generasi yang lama.
CEO International University & College (INTI), Rohit Sharma pada masa itu menyatakan bahawa Generasi Z tidak ingin menunggu lama dalam memilih pekerjaan yang mereka gemari kerana mereka ingin memiliki kemauan mereka dengan segera.
“Mereka ingin melakukannya sekarang, Bukan sahaja mereka ingin mencatatkan kursus mereka sendiri, malah mereka mempunyai rasa ingin tahu untuk berjaya” Katanya.
Dibawah merupakan keputusan daripada kajian yang dilakukan oleh INTI bersama Ipcos, yang mana dilakukan pada November 2014.
Kajian kepada Generasi Z
69% daripada responden menginginkan kekayaan beserta kehidpan yang bahagia, 69% lagi menginginkan kesihatan yang baik dan 60% lagi daripada responden ingin menikmati pekerjaan mereka.
Sharma menyatakan bahawa duit sentiasa menjadi keutamaan setiap orang sejak generasi “Baby Boomers” lagi.
“Bagi saya, Pandangan utama disini adalah faktor lain yang bergerak bersama dalam membentuk langkah monetari” Katanya di Sidang Media
Di nyatakan sebagai Generasi yang bersambung, kumpulan yang dikaji di laporkan menghabiskan purata lapan jam sehari melayari internet, dengan 41% mempunyai perasaan tidal lengkap jika tidak melayarai internet seharian.
Kajian juga menunjukkan 28% responden Generasi Z ingin menjadi penyebab yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
“Ini adalah satu generasi yang percaya bahawa mereka mempunyai tugas untuk membantu orang lain.
Mereka merasakan mereka mempunyai kewajipan kepada masyarakat pada umumnya, “katanya
Tindak balas Responden
Ruby Wong Chui Yee, 19, yang merupakan salah seorang daripada ahli panel Generasi Z, mengaku menggunakan peranti digital 80% hingga 90% apabila bangun daripada tidurnya.
“Apabila saya bangun setiap pagi, saya akan menyemak Facebook untuk berita-berita terkini dan menonton beberapa video YouTube dahulu sebelum bangun daripada katil. “kata pelajar pra-universiti di INTI.
Wong menyatakan bahawa perbuatan yang dilakukannya adalah perlu supaya dia sentiasa up-to-date dengan info terkini.
Moh Shu Jenn, 17, dari SMK Convent Bukit Nanas, merasakan bahawa tidak semestinya perkara yang tidak baik sahaja yang dimiliki di dalam internet.
“Terdapat keperluan yang diperlukan oleh saya untuk sentiasa melayari internet. Apabila saya tidak faham apa yang dijelaskan oleh guru, saya akan menggunakan Google, “kata pelajar Tingkatan Lima yang secara aktif menggunakan laman web pembelajaran dalam talian untuk membantu dalam kerja rumahnya.
Terdapat pelbagai teknologi yang semakin canggih pada masa sekarang yang membolehkan generasi kini semakin berkembang pesat dan dapat melaksanakan setiap cita-cita yang mereka ingin gapai.
Sumber kewangan yang jitu juga membantu mereka untuk lebih giat berusaha mencapai keinginan dan kemahuan mereka kepada sesuatu perkara. Hanya pantauan daripad golongan yang lebih mengetahui perlu dilaksanakan supaya faktor-faktor negatif yang tedapat di dalam masyarakat kini tidak terpalit kepada generasi ini.