Petua Mudah Hilangkan Eyebag


Eyebag bukan hanya sahaja menganggu penampilan, namun juga membuatkan muka kelihatan lebih tua dan keletihan. Ia merupakan perkara yang paling ditakuti oleh wanita apabila ada lingkaran gelap bawah mata seperti panda. Kebiasaanya ia terjadi apabila seseorang itu sering menangis, tidak cukup tidur, tekanan, alahan. keturunan dan sebagainya. Masalah ini sering menggangu penampilan. Disini kami kongsikan petua mudah hilangkan eyebag.

Petua Mudah Hilangkan Eyebag

1. Lemon

  • Ambil sebiji lemon
  • Potong dan ambil perahan lemon
  • Masukkan sedikit air ke dalam perahan lemon
  • Sapu 2 kali sehari di keliling mata
  • Amalkan setiap hari

2. Sudu Besar

  • Ambil beberapa sudu besi
  • Rendam ke dalam ais batu sehingga sejuk
  • Gunakan sudu yang sejuk (letak di bawah mata)
  • Tukar-tukar sudu bila tahap sejuk dah menurun

3. Uncang Teh

  • Rendam teh ke dalam air panas atau ambil uncang yang telah digunakan
  • Tekap uncang di bahagian eyebag
  • Amalkan selalu supaya eyebag cepat hilang

4. Hirisan Timun

  • Hiris timun dan letakkan di atas mata
  • Biarkan selamat beberapa saat/ 1-2 minit
  • Amalkan untuk mendapat kesan yang baik

5. Ubi Kentang

  • Simpan ubi kentang dalam peti ais semalaman\
  • Potong ubi dan letakkan di atas mata
  • Biarkan selama 5-10 minit

6. Susu Segar

  • Ambil kapas dan rendam di dalam susu segar
  • Perah kapas yang direndam
  • Letak kapas di atas mata dan biarkan selama 20-30 minit
  • Lakukan sekali sahaja dalam sehari

7. Putih Telur

  • Pecahkan telur
  • Ambil putih telur dan sapukan di bahagian mata (Gunakan berus)
  • Biarkan selama 20 minit
  • Bersih  bahagian mata sehingga cuci

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat