KHAIDIR AHMAD: Wira Alam Sekitar di Pahang Disaman Kerana Lantang Bersuara


WAJARKAH seorang Penolong Pegawai Daerah Temerloh menyaman malu terhadap mangsa tindakan zalim dan bersejarah di mana beliau sendiri mengeluarkan notis untuk merobohkan sangkar ikan Patin saya, demi memberi laluan kepada projek pam pasir yg bakal menjejaskan kehidupan penternak ikan sangkar dan nelayan di Sungai Pahang?

(Belum pernah dalam sejarah, seorang Penolong Pegawai Daerah mengeluarkan notis untuk merobohkan sangkar ternakan ikan Patin yg diusahakan oleh anak tempatan di Sungai Pahang sebelum ini)

Khabar angin mengatakan ada pemimpin Kerajaan Negeri Pahang sendiri yg turut memberi “restu” kpd beliau utk menyaman saya kerana tidak senang dgn tindakan saya mendedahkan isu alam sekitar, khususnya pembalakan dan perlombongan tidak terkawal di Pahang selama ini.

Walaupun isteri saya bukan seorang peguam dan bapa saya bukan seorang pegawai polis serta tidak akan mendapat sokongan drp tauke-tauke pam pasir, saya akan tetap lawan saman yg sudah difailkan terhadap saya di Mahkamah Tinggi Temerloh oleh pegawai Melayu ini.

Kepada sahabat dan penyokong perjuangan saya untuk menyelamatkan alam sekitar dan sungai, saya mohon doa daripada kalian, semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk menghadapi satu persatu cabaran getir perjuangan ini serta mahkamah akan memberikan keadilan yang sewajarnya kpd saya sebagai seorang insan yg tak punya apa-apa jawatan dlm kerajaan kecuali berkhidmat secara sukarela untuk kesejahteraan alam sekitar dan kehidupan rakyat.

Sekitar Kawasan Tapak Projek Pam Pasir:


  
  
BANTUAN ANDA DIPERLUKAN

SAYA TAK MINTA RM2.6 BILION, TETAPI CUMA RM2.60 SEN… dengan rasa rendah diri dan hati yg amat berat, saya memohon bantuan sahabat dan sesiapa sahaja yg bersimpati dgn nasib saya yg umpama sudah jatuh, ditimpa pula oleh tangga ini, agar menghulurkan sumbangan derma ikhlas sebanyak RM2.60 sen (kalau lebih, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan).     
Sumbangan Ini adalah untuk membantu saya membiayai kos peguam yg akan membela saya dalam kes saman terhadap saya yg telah difailkan oleh Penolong Pegawai Daerah Temerloh, Mohd Iqbal Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Temerloh.


Buat permulaan, saya perlu membayar RM10,600 termasuk GST kpd peguam saya dalam tempoh seminggu (sila rujuk surat tuntutan peguam yg disertakan).


Jumlah ini terlalu besar bagi saya kerana selepas bersara awal pada 15 Disember 2014 utk bersama keluarga dan mengabdikan diri bersama rakyat memperjuangkan isu alam sekitar yg semakin kronik di Pahang, saya tiada pendapatan tetap melainkan dari hasil ternakan ikan Patin sangkar utk menyara keluarga dan anak yg masih kecil serta membiayai kos rawatan isteri yg menghidap kanser usus.

Bagaimanapun, dlm banjir besar pd akhir 2014, sebanyak 38 drp 54 sangkar ikan saya musnah dan hanyut manakala rumah saya pula tenggelam, menyebabkan saya kerugian lebih RM400,000. Namun, saya dan keluarga tidak putus asa dan redha dgn ujian Allah yg sangat getir ini. Kami bangkit semula memulihkan projek sangkar ini dgn pinjaman drp Agrobank dan terpaksa menanggung bayaran ansuran RM5,000 sebulan.


Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, lima bulan lalu saya menerima notis drp Pejabat Tanah Temerloh utk memusnahkan sangkar berkenaan bagi memberi laluan kpd projek pam pasir yg dibantah majoriti penduduk Mukim Lebak kerana ia bakal merosakkan sungai dan menjejaskan penternak ikan sangkar serta nelayan sungai.

Pelbagai ikhtiar kami lakukan termasuk meminta bantuan drp pihak pentadbir dan pemerintah negeri serta pemimpin negara bagi menyelamatkan sumber rezeki saya sekeluarga ini.

Disebabkan tiada kepastian diberi tentang status sangkar berkenaan, saya terpaksa memuat naik surat notis roboh dan meluahkan isi hati saya berhubung tindakan zalim itu demi mendapatkan pembelaan. Bagaimanapun, saya disaman pula oleh Penolong Pegawai Daerah Temerloh yg mengeluarkan notis itu.

Justeru, saya tidak ada pilihan selain terpaksa mengambil langkah yg hina ini dgn mengemis sumbangan drp sahabat dan hamba Allah yg prihatin untuk membantu saya membiayai kos guaman serta kos lain yg berkaitan, di samping kos menjelajah ke seluruh pelosok negeri bagi menjayakan agenda perjuangan saya utk melindungi khazanah alam dan sungai yg semakin tercemar akibat kerakusan tangan manusia yg tamak.

Semua sumbangan boleh dibuat terus ke akaun bank saya :

  1. CIMB 06100010996055 atau 
  2. Maybank 114271222420.

Hanya kpd Allah saya mampu berdoa, semoga segala bantuan dan sumbangan anda akan diberikan balasan kebaikan oleh Allah serta dimurahkan lagi rezeki dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

p/s: Khaidir Ahmad merupakan bekas wartawan TV3 yang kini menetap di Temerloh, Pahang di samping mengusahakan sangkar ikan patin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat