7 Langkah Perbaiki Kewangan


Kewangan

Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Setiap apa yang kita lakukan perlukan usaha. Hasil kejayaan tidaklah datang bergolek atau turun dari langit seperti titisan hujan. Tetapi dengan keringat, usaha, pengorbanan akan hasilkan satu kejayaan yang hakiki. Jadi mulai daripada sekarang kita perlu memperbaiki kedudukan kewangan kita. Untuk memperbaiki kewangan anda perlu mengikut langkah – langkah yang betul dan disiplin yang tinggi. Disini kami sediakan untuk anda beberapa langkah untuk perbaiki kewangan anda.

7 LANGKAH PERBAIKI KEWANGAN :

Mengamalkan Cara Jutawan Berfikir

Kewangan

Setiap jutawan akan reka gaya hidup mereka sendiri. Mereka berfikir tiada siapa yang berhak menentukan gaya hidup mereka kecuali diri sendiri. Selain itu antara cara jutawan berfikir adalah :

  • Thing Big!
  • Mempunyai impian yang jelas
  • Mereka tidak merungut
  • Sentiasa ‘Focus’
  • Komitmen lebih dari 100%
  • Menghabiskan sesuatu perkara sehingga ianya selesai ataupun berjaya
  • Tindakan cepat akan membawa keputusan yang cepat. (Fast Action)
  • Ketagih ilmu
  • Sentiasa berdamping dengan orang yang positif
  • Berani meneroka cabaran baru
  • Besyukur

Matlamat Kewangan Perlu Jelas

Kewangan

Kita mesti ada ataupun tulis matlamat kita dengan jelas, pelan tindakan dan perancangan kita untuk mencapai sesuatu matlamat. Contohnya :

  1. Nak langsaikan hutang PTPTN dalam tempoh kurang dari 6 tahun.
  2. Nak ada simpanan 20k dalam 2 tahun.
  3. Nak ada rumah atau kenderaan sendiri
  4. Langsaikan hutang peribadi

Atur Pelan Kewangan

Kewangan

Anda cuma perlu kaji dan atur balik pelan kewangan anda. Apabila anda kaji semula belanjawan tersebut, pastikan anda senaraikan perbelanjaan anda dengan sepenuhnya daripada keperluan asas, perbelanjaan berulang dan hutang tertunggak.

Anda perlu membahagikan pendapatan bulanan anda mengikut kategori berikut:

i) 50% – Komitmen

Ini adalah keperluan asas seperti cagaran atau sewa, kenderaan, insurans, kos kesihatan dan lain-lain. Secara amnya, ia adalah perkara penting yang anda tidak boleh hidup tanpa adanya.

ii) 30% – Keperluan

Keperluan ini kadang- kadang akan jadi agak mengelirukan kerana perkara tersebut mungkin juga sesuatu yang anda boleh hidup tanpa adanya. Contohnya, makan di luar adalah pilihan. Anda masih boleh pilih untuk masak di rumah. Contoh lain adalah seperti hiburan, penjagaan peribadi, percutian dan sebagainya.

iii) 20% – Simpanan

Akhir sekali, sebahagian daripada pendapatan anda haruslah dimasukkan ke bahagian simpanan. Anda boleh pilih sama ada untuk simpan di dalam bank atau melabur. Selain itu, paling utama harus diingatkan bahawa adalah mempunyai dana kecermasan kerana musibah atau perkara yang tidak diingini bila -bila boleh berlaku. Jika perlu, anda boleh bahagikan belanjawan mengikuti hari, minggu atau bulan. Tujuannya adalah untuk melatih disiplin kewangan dengan mengikuti belanjawan sepanjang tahun. Di samping itu, ini akan memudahkan anda menjejaki perbelanjaan dan lakukan sebarang penyelarasan.

Cari Jalan Untuk Tingkatkan Pendapatan

Kewangan

Anda perlu berfikir seperti seorang uahawan. Daripada menggunakan wang pada perkara yang tidak berfeadah. Apa kata anda cari sumber kewangan berbeza untuk tingkatan pendapatan. Apa pun jumlah yang anda boleh tambah kepada gaji bulanan adalah untuk tingkatkan jaminan ekonomi anda. Aliran wang masuk adalah lebih baik daripada aliran wang keluar.

Mengurus Kewangan Dengan Baik

Kewangan

Kalau kita tidak merancang. Maka kita merancang untuk gagal. Kemahiran meguruskan wang ini tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji atau pendapatan pertama sehinggalah kita meninggal dunia kelak.

Jadi anda perlu pastikan perbelanjaan anda selari dengan pendapatan anda bagi memastikan anda masih mempunyai wang pada setiap hujung bulan. Jika tidak, maka anda perlu kurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. Maka dengan itu, anda sepatutnya akan mempunyai lebihan wang setiap bulan. Memiliki lebihan wang pada akhir tahun adalah tanda perbelanjaan berhemah.

Gandakan Wang Yang Ada

Kewangan

Langkah seterunya untuk anda gandakan wang yang ada antaranya adlah dengan pelaburan. Tidak akan ada faedah ketara jika anda kumpul wang tetapi tidak membiarkan wang anda berkembang. Contonya, kita di Malaysia, akaun pelaburan yang terkenal adalah deposit tetap, saham, amanah pelaburan hartanah (REIT) dan dana bersama. Seperti mana Amanah Saham dan Amanah Saham Bumiputera adalah akaun pelaburan unutk Bumiputera yang menawarkan kadar daripada 6% sehingga 10% setiap tahun.

Melindungi Kekayaan

Kewangan

Langkah terakhir adalah melingdungi kekayaan. Langkah ini terbahagi kepada 2 iaitu dari segi undang – undang dan agama. Dari segi undang – undang adalah anda perlu membayar cukai. Cukai adalah kewajipan seorang rakyat kepada sesebuah negara. Dari duit cukai yang anda bayar, maka ia membolehkan kerajaan memberikan kita semua pelbagai infrastruktur asas jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya. Selain itu ada juga anda perlukan perlindungan kewangan dari sudut insuran ataupun takaful. Kerana ada keberangkalian anda akan mengalami musibah yang menyebabkan anda tidak mampu untuk bekerja.

Dari segi agama pula adalah dengan megeluarkan zakat. Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu. Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan 100%.

Kesimpulannya, sasaran kewangan anda perlu jelas, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai garis masa yang sesuai. Anda hanya boleh mencapai objektif kewangan dengan kesungguhan,usaha tidak henti dan disiplin. Semua ini adalah faktor yang dapat menjamin 100% kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat