VIRAL: Kebaikan Atau Keburukan ? Anda Ada Jawapannya


Pengaruh media sosial kini semakin meningkat naik dalam kalangan masyarakat zaman kini. Viral atau tular merupakan suatu budaya yang digunakan oleh masyarakat kini dalam berkongsikan kisah kisah pelik dan menarik yang berlaku di dalam kehidupan seharian mereka. Kewujudan laman sosial yang semakin hari semakin banyak menyebabkan tindakan viral ini semakin meluas dan tidak terkawal. Budaya viral ini membawa cerita tidak kira positif atau negatif untuk tatapan masyarakat. Persoalannya adakah viral ini membawa kesan buruk atau kesan baik kepada masyarakat pada zaman ini?

VIRAL!! BAIK ATAU BURUK??

Bagi sesetengah pihak mereka akan  terus mempercayai segala kisah, cerita dan berita yang disebarkan melalui budaya viral ini tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu. Hal ini boleh menyebabkan fitnah berleluasa dan membawa kepada pergaduhan kepada individu- individu yang terlibat.

Namun viral juga boleh membantu dalam mencegah sesuatu perkara yang tidak baik dan menjadi satu perkongsian  mahupun pengajaran untuk semua pihak. Maka semasa mendapat berita- – berita viral pastikan kesahuhannya dulu sebelum kita sendiri memviralkan kisah tersebut.

Dalam dunia media sosial ini kita sebagai seorang manusia haruslah tidak hanyut dibuai oleh ombak viral. Kesan kepada perkara yang akan kita viralkan haruslah di fikirkan dahulu supaya tidak terjadinya perkara-perkara negatif.

going-viral007

Apabila mendapat berita viral atau membaca kisah-kisah viral haruslah kita memeriksa dahulu adakah betul berita yang disampaikan sebeum mempercayai dan memviralkan berita tersebut. Setiap perkara sentiasa mempunyai  kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Tugas kita sebagai manusialah yang menepis segala keburukan yang ada dan mengambil segala kebaikan yang diberi.

Oleh itu fokus kepada apa yang kita hadapi sekarang dan berfikir di luar kotak untuk memahami budaya viral yang semakin berleluasa kini.

Berfikir sebelum bertindak!! Anda mampu..

GoingViral_1180x520_v4a

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat