Cara-cara Mengatasi Tekanan Dengan Lebih Berkesan
Tekanan adalah perasaan atau keadaan apabila anda berada di bawah tekanan mental atau emosi yang terlalu banyak. Ia akan menjadi stress apabila anda tidak dapat mengatasinya dengan baik. Tekanan dapat mempengaruhi perasaan, pemikiran, dan tingkah laku anda. Di samping itu, ia juga boleh menjejaskan fungsi badan. Antara tanda yang paling biasa, termasuk kebimbangan, gangguan tidur, berpeluh, kehilangan selera makan, dan sukar menumpukan perhatian. Adalah penting untuk anda meluangkan masa dan belajar tentang strategi dan teknik yang berbeza untuk menguruskan tekanan sebelum anda mendapat akibat yang serius untuk kesihatan mental dan fizikal.
1) Melakukan Senaman
Membuat senaman selama 30-45 minit tiga kali seminggu dapat membuatkan anda merasa lebih sihat dan bertenaga. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa senaman boleh melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, dan meningkatkan fungsi kognitif. Caranya adalah dengan mendaki, pabila anda menghabiskan lebih banyak masa dengan alam dan terdedah kepada udara segar, ia dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.
2) Dapatkan Urutan
Terapi urut boleh membantu mengurangkan tekanan. Urut adalah medium yang tepat untuk melegakan diri dan mengurangkan ketegangan fizikal dan emosi yang dialami oleh seseorang. Anda boleh mengurut pada bahagian leher, lengan dan telapak tangan anda sendiri. Pakar terapi atau urut juga boleh memberi urutan dan mengeluarkan stress dari dalam badan anda.
3) Makan Makanan Yang Sihat
Mengekalkan jenis makanan yang baik dan diet adalah kunci untuk melegakan stress. Dengan pemakanan yang baik, tubuh boleh menangani kesan sampingan tekanan, baik dari segi fizikal dan emosi. Orang ramai cenderung mencari atau menikmati makanan berkalori atau lemak tinggi apabila mengalami tekanan. Jika anda ingin melegakan tekanan, anda perlu memberi perhatian kepada corak atau jenis makanan yang dimakan. Contohnya dengan mengurangkan pengambilan kafein dan gula yang boleh memberi rangsangan tenaga sementara, tetapi sering menyebabkan penurunan tenaga dan mood selepas itu. Dengan mengurangkan penggunaan kedua-dua bahan ini, anda boleh tidur lebih baik.
4) Tidur Yang Cukup
Tidur adalah sangat penting untuk melegakan apa-apa jua keadaan kerana tidur mempengaruhi ingatan dan perasaan. Penyelidikan menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Amerika berasa lebih bahagia, lebih sihat dan selamat jika mereka mendapat 60-90 minit tidur tambahan setiap malam. Kebanyakan orang perlu tidur 7-9 jam sehari untuk mendapatkan tidur yang cukup atau sihat. Tidur terlalu lama atau sekejap boleh membuat anda merasa letih dan tidak dapat menangani kerja harian yang anda lakukan. Luangkan masa untuk berehat di katil sebelum tidur. Bacalah atau dengar muzik yang menenangkan, atau tulis jurnal peribadi. Jangan menonton televisyen atau bermain telefon bimbit kerana ia akan menjadi lebih sukar bagi anda untuk merasa lebih tenang dan menggalakkan minda dan badan anda untuk memasuki mod tidur.