Amalkan 9 Cara Mencegah Sembelit ini, No 2 Adalah Langkah yang Paling Mudah.


Sembelit boleh menjadi sumber penyempitan usus pinggang, tidak tidur dengan baik, dan juga timbul jerwat pada keesokan harinya. Tetapi tenanglah, semuanya akan berlalu. Kami akan memberi anda bantuan untuk mengatasi masalah perut anda hari ini. Ada pelbagai cara mencegah sembelit. Amalkan salah satu daripada langkah tersebut untuk mengelak diri daripada mengalami sembelit. Antaranya ialah :

1. Ambil serat

Banyakkan pengambilan serat dalam setiap hidangan harian anda. Lebihkan makan sayuran dan tumbuh-tumbuhan kerana ia mempunyai serat yang banyak.

2. Banyakkan minum air

Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh badan kita dan sesuai untuk mencegah masalah sembelit.

3. Makan herba dan juga rempah

Hidangkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Makanan ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa.

4. Cuka epal

Sebaik sahaja bangun tidur, amal minum satu sudu cuka epal. Ia tingkatkan asid dalam perut dan secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan

5. Lemak berkhasiat

Ambil lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang.

6. Elakkan protein berlebihan

Elakkan pengambilan protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan.

Makan daging merah yang segar

7. Senaman penafasan

Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata dan lancar dapat membantu menghilangkan stress dan sekali gus melonggarkan saraf yang tersumbat.

8. Banyakkan pergerakan fizikal

Lakukan senaman atau regangan badan. Senaman dapat meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan

9. Senaman mencangkung

Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, dan sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat