TDA, Boustead Bangunkan Polisi NAP, NASM

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia 23 Mac 2017

Sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa 2017 (LIMA ’17) Ahmad Ramli Mohd Nor bertukar dokumen dengan Zailani Safari bagi membangunkann Pengurusan Dasar Ruang Udara Negara di Langkawi, Kedah.

-Foto Utusan Online

Technology Depository Agency Berhad (TDA) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Boustead Heavy  Industries Corporation Berhad (BHIC) bagi membangunkan Polisi Ruang Udara Nasional (NAP) dan Pusat Pengurusan Ruang Udara Nasional (NASM).

Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Datuk Zailani Safari berkata, kerjasama itu merupakan sebahagian daripada misi agensi di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membantu pertumbuhan ekonomi negara.

“Dari perspektif ekonomi, ruang udara negara ini perlu dianggap sebagai sebuah komoditi dan sekiranya diuruskan dengan baik sehingga mencapai standard antarabangsa tertentu, negara mampu mencapai pulangan ekonomi sehingga mencecah berbilion ringgit dalam jangka masa panjang.

“Maka NAP perlu diwujudkan bagi memberi lebih aturan kepada pengguna ruang udara negara ini melibatkan rangka kerja dalam beberapa aspek seperti Prosedur Operasi Standard (SOP), infrastruktur dan sistem digunakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis menandatangani MOU berkenaan di Resort World pada khamis 23 Mac 2017 yang lalu.

Zailani menandatangani MOU tersebut bagi pihak TDA sementara BHIC diwakili Pengarah Urusannya, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat