Bini Hodoh Jangan Tinggalkan


Kecantikan merupakan sesuatu yang sangat melekat bagi kaum wanita. Cantik itu sendiri didefinisikan sebagai suatu yang indah dan menarik. Kriteria cantik seorang wanita adalah bertubuh ideal, seksi dan sebagainya. Dengan hadirnya globalisasi, makna kecantikan kemudian menjadi seragam pada setiap daerah dan negara. Seluruh masyarakat mengakui wanita cantik adalah yang memiliki kriteria yang ditunjukkan di media massa dan juga artis dan model. Oleh kerana terlalu banyak iklan mengenai kecantikan inilah yang kemudian membuat kaum wanita berlumba-lumba untuk menjadi cantik yang paling sempurna.

Ikuti kisah di bawah daripada Yasmien yang telah dialami dia apabila kecantikan itu tidak dapat dirasai olehnya kerana alahan mengandung.

Assalamualaikum semua. Saya ni bukan la nak mengadu apa-apa. Alhamdulillah rumah tangga saya tak ada masalah. Saja saya nak berkongsi pendapat dan sedikit cerita supaya boleh menaikkan semangat dan kebangkitan kita sebagai isteri yang selalu menjadi sasaran dalam apa jual aspek rumah tangga.

2-3 hari lepas saya ada terbaca kisah suami kahwin lain sebab wife nya makin gemuk lepas bersalin. Kesiankan pada kita geng mummy ni. Kita kandungkan anak diorang.. badan kita berubah tapi mereka geng suami tak hargai kita. Sama lah saya dulu pregnantkan anak ke tiga. Dasyatnya perubahan. 360′ berbeza dan berubah. Dengan hitam, kusam dan gemuk naik mendadak hampir 30kg. Memang org yg tengok sekali pandang memang tak akan kenal saya. Sebelum pregnant tak ada lah teruk sangat.

Masuk kandungan bulan ke 7, memang ni tahap kemuncak lah. Dalam gambar tu, masa ni dekat tempat kerja. Jangan kata saya tak pakai apa-apa kat muka. Memang pakai foundation+bedak. Tapi sebab kulit terlalu kusam, muka tu jadi tak ada beza pakai bedak ke tidak.

Masa ni memang down gila-gila. Malu rasa dan nak ambil cuti bersalin awal. Sebab tak tahan nk bedepan dengan orang ramai. Benda ni melarat sampai lepas bersalin. Teruk sampai tak mahu tengok cermin. Tapi alhamdulillah, suami saya menerima saya seadanya walaupun mulut dia laser suka gelarkan saya macam-macam. Saya tak kisah sebab saya tahu dia hanya bergurau.

Walaupun suami saya terima saya seadanya. Saya tahu saya kena bangkit. Sampai bila saya nak hidup selekeh. Muka kusam, gemuk. Husband saya sokong saya dari belakang. Dia suruh saya pergi spa. Katanya “Pergilah spa sbelah office daddy tu. Nanti siap bagitau. Daddy pergi bayar.” Macam tu la selalu setiap minggu.

Lepas tu saya masuk kerja. Cuti bersalin dah habis. Lagi semangat untuk berubah. Tengok kawan-kawan semua slim. Saya cuba untuk berubah. Saya usaha dan saya berjaya turunkan berat badan. Lepas tu saya mula belajar makeup. Belajar dengan YouTube atau tengok MUA buat live kt Facebook je. Tak ada pun habiskan duit join class mekap mahal-mahal. Kita kan nak makeup untuk diri sendiri sahaja bukan nak jadi MUA. Hehe

So, sikit-sikit beli barang makeup. Lama-lama dah pandai makeup. Walaupun tak sehebat macam MUA, tapi okay la tak nampak muka pucat. Nampak la juga bermakeup hehehe. Sekarang husband selalu cakap, banyak sungguh beza saya dahulu dengan sekarang. Ya, memang banyak beza. Kalau kita jatuh, kita down, jangan biarkan selamanya kita down. Jom kita usaha untuk berubah. Kita bangkit, tambah-tambah kalau suami jenis “cergas kat luar, pantang tengok perempuan cantik” lagi lah kita mesti bangun dan berdiri jadi wanita hebat.

“Kau nak pergi, biarkan, janji kau tinggalkan aku dalam keadaan aku hebat.” – maksudnya kita dalam keadaan berkeyakinan, ada income sendiri, dan bergaya. Bukannya dia tinggal kita dalam keadaan gemuk, selekeh dan tiada apa-apa. Loser sangat.

Dan saya selalu kata kat husband, “Bini yang hodoh jangan terus dibuang.” Sekali dia berubah dan up, haaaa… ternganga. Hehehe.

Thank you terima saya masa hodoh, buruk, selekeh. Berbaloi kan hargai bini masa hodoh. Bila dia berubah dah jadi wanita bergaya, ada income sendiri sambil jaga anak kita 3 org, dah tak kerje jauh-jauh lagi. Alhamdulillah.

Dan lagi pada si suami, kalau isteri hodoh, kau jangan tinggalkan, kau naikkan semangat dia, bagi dia duit untuk berubah. Nanti kau juga yang untung dan ternganga bila dia berubah. Tapi kalau isteri hodoh, kau tinggalkan, then dia bangkit sorang-sorang, masa tu kau gigit jari lah telan air liur. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat