Kes Penceraian: Lelaki semudah ABC melafazkan talak tanpa sebab yang munasabah
Semua sedia maklum bahawa isu berkaitan masalah rumah tangga atau kes penceraian telah banyak direkodkan di Malaysia. Kebiasaannya berlaku, tidak kira sama ada di kalangan generasi muda mahupun generasi tua. Berdasarkan kajian, 67 peratus yang memohon penceraian di mahkamah adalah wanita, manakala 37 peratus difailkan lelaki. Antara beberapa kes penceraian yang direkodkan adalah berpunca daripada ketidaksefahaman antara pasangan, disebabkan oleh orang ketiga, keganasan rumah tangga dan sebagainya.
Di samping itu, kes penceraian ini bukan sahaja membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia, malah ia turut membimbangi penguam syarie yang bakal mengendalikan kes-kes tersebut.
Di sini, kami ada sedikit perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang bekerjaya sebagai salah seorang penguam syarie. Menurut beliau, jika diberi pilihan. Beliau lebih suka menyelesaikan masalah berkaitan kes harta pusaka berbanding masalah kes rumah tangga. Walaubagaimanapun, sebagai individu yang bertanggungjawab memegang jawatan berkenaan, beliau tidak dapat mengelak untuk berhadapan dengan kes-kes tersebut.
Walaupun beliau seorang perunding keluarga dan harta pusaka, sebenarnya beliau jarang berkongsikan tentang isu rumah tangga dan biasanya banyak menulis berkenaan harta pusaka. Tapi untuk kesedaran dan dijadikan pedoman untuk semua.
Berikut adalah serba sedikit perkongsian dari beliau.
Baru-baru ini saya didatangi seorang wanita yang baru diceraikan suaminya di luar mahkamah. Alasan diceraikan kerana si suami nak berkahwin lain dengan seorang janda beranak dua. Macam cliche je alasan ni kan? Dah 14 saya hadap kes-kes macam ni. Saya dah train hati supaya tak jadi hati tisu. Konon hati dah kebal. Tapi untuk kes kali ini, saya mengaku saya tewas.
Keluarga ini keluarga bahagia. Si isteri seorang suri rumah sepenuh masa yang taat. Tugasnya mengurus rumah tangga termasuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah. Walaupun suri rumah dan sudah mempunyai 6 orang anak, rupa dan penampilannya masih kemas dan menarik. Si suami pula seorang lelaki bekerjaya yang berjaya. Seorang suami yang bertanggungjawab dan ayah yang penyayang kepada anak-anaknya. Keperluan keluarga dijaga dengan baik. Pendek kata semuanya nampak sempurna.
Sehinggalah si suami rupanya ada menjalinkan hubungan cinta dengan rakan tempat kerja dalam diam. Mereka merancang untuk berkahwin. Si suami masih sayangkan isterinya. Tapi terpaksa menceraikan isterinya kerana janda tersebut tidak mahu berpoligami walaupun isteri pertama sanggup bermadu. Maka tangisan si isteri yang setia dan anak-anak tak mampu menghalang cinta baru si suami untuk diteruskan.
Ditemani anak sulungnya yang baru berusia awal belasan tahun dan 2 anak kecil, dia datang berjumpa saya untuk mengetahui apa hak-hak yang dia boleh tuntut dalam keadaan dia diceraikan tanpa sebab yang munasabah. Dia sedar dia tak guna nak meratap menangis sedangkan ada perut yang perlu di isi dan ada hidup yang perlu diteruskan. Saya kagum dengan semangat dan ketabahan dia. Bukan mudah menerima sesuatu yang tak terduga secara tiba-tiba dalam hidup.
Hak tuntutan:
Saya terangkan secara jelas apa haknya yang boleh dituntut dari segi nafkah iddah, tuntutan mut’ah, harta sepencarian, hak jagaan anak, nafkah anak dan lain-lain. Dia juga berhak jika nak mendakwa pihak ketiga sebagai punca hancurkan rumah tangga dia. Semuanya bergantung pada dia samada nak teruskan ataupun tidak. Anaknya yang sulung mendengar penuh tekun, sesekali dia membantu menerangkan kepada ibunya. Dia yang saya sifatkan sebagai tulang belakang yang menjadi penguat ibunya.
“Adik..Walaupun ayah dan ibu adik dah tak ada apa-apa hubungan, hubungan adik sebagai anak-anak dengan ayah tetap ada sampai bila-bila. Jika berlaku apa-apa pada ayah, adik dan adik-adik semua ada bahagian faraid terhadap pusaka ayah. Anak-anak tiri ayah tak berhak. Ingat tau” pesan saya. Dia mengangguk tanda faham. Nampak matang dari usianya.
“Acik, saya tak pernah tengok ibu dan ayah saya bergaduh. Tapi tak tau kenapa ayah saya tiba-tiba jadi macam tu..” sayunya dengar anak kecil meluah rasa. Tak terbalas nak menjawab.
“Sayang.. Ibu buat semua ini bukan untuk menganiaya ayah. Tapi ibu nak bantu ayah jalankan tanggungjawab dia. Sekurangnya dengan cara ini kita masih boleh teruskan hidup kita macam biasa walau tanpa ayah di sisi.. Ibu nak kamu dan adik-adik teruskan sekolah dan jadi orang yang berjaya nanti..” balas si ibu sambil mengusap lembut kepala anak sulungnya. Allahu.. Tiba-tiba muka terasa panas. Tak tau nak sorok air ata kat mana.
Ujian hidup kita berbeza-beza. Tapi walau apa pun dugaan yang mendatang dalam hidup, kita kena bangkit semula dan cepat-cepat move on. Jangan pendam sorang dan cuba dapatkan bantuan. Realiti kehidupan.. Memang pahit tapi itulah rencahnya.. Mungkin Allah SWT tellah susunkan rancangan yang lebih baik untuk kita semua. Mohon doakan yang baik-baik je ye.. Semoga urusan hidup mereka dan kita semua dipermudahkan.. Aminnn.
Tuntasnya, sebelum membuat keputusan penceraian, semua pasangan perlu memikirkan kesannya terhadap anak-anak terlebih dahulu. Hal ini kerana, secara amnya, anak-anak ingin membesar dalam sebuah keluarga bahagia seperti kanak-kanak lain.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.