“Syurga Buatmu Adik Rayan”: Rayan Disahkan Meninggal Dunia Selepas Berjaya Diselamatkan


Selepas hampir 100 jam misi menyelamatkan adik Rayan dijalankan, akhirnya kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu berjaya diselamatkan pasukan keselamatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Berita duka tersebut disahkan istana Diraja Mahgribi (Raja Mohammed VI) pada Sabtu.

Sebelumnya, keluarga Rayan dimaklum Pasukan Penyelamat di Mahgribi bahawa mangsa masih lagi bergerak. Jurutera Pasukan Penyelamat, Mourad Al Jazouli menjangkakan usaha menyelamatkan mangsa akan berakhir dalam tempoh terdekat.

 

Adik Rayan terperangkap sedalam 32 meter

Kronologi Insiden Adik Rayan

Dilaporkan pada tanggal 1 Feb 2022, Rayan mengikut bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Bagaimanapun, ketika sedang sibuk bekerja, bapa mangsa tidak menyedari bahawa anaknya sudah hilang. Dan berjaya dikesan tidak lama selepas itu yang mangsa sudah berada di dalam perigi kering tersebut.

Menyedari keberadaan anaknya, bapa mangsa bergegas meminta bantuan daripada orang kampung untuk menyelamatkan anaknya itu. Malangnya, usaha mereka gagal kerana tidak mempunyai alatan penyelamatan yang sesuai bagi mengeluarkan mangsa.

Beliau seterusnya meminta bantuan daripada pihak berkuasa bagi meneruskan usaha penyelamatan dan pandangan kamera dihantar bagi mengenalpasti keadaan semasa mangsa.

keadaan adik Rayan di dalam perigi

Gambaran keadaan mangsa di dalam perigi

Walaupun mengalami kesukaran seperti keadaan perigi yang sempit dan bertekanan tinggi, misi penyelamatan Rayan masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan, sejak tiga hari lalu. Oleh itu, bekalan corong udara, minuman, makanan dan lampu dihantar menggunakan tali bagi membantu mangsa yang tersekat di dalam perigi tersebut sementara usaha mengorek tanah dijalankan.

Dilaporkan sehingga hari ketiga misi menyelamat, pasukan penyelamat sudah berjaya mengorek pintu keluar sedalam 28 meter dan sudah berada dekat dengan mangsa.

Tambahan, penggalian perigi diteruskan secara manual bagi menggali meter terakhir kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh memberi kesan kepada usaha menyelamatkan mangsa seperti risiko tanah runtuh.

Bagaimanapun, sudah pasti berita pemergian adik Rayan amat dirasai oleh seluruh dunia. Semoga syurga buatmu, Alfatihah.

Baca juga: Berkat Ayat Kursi, Lelaki Ini Dan Keluarganya Terselamat Dari Kemalangan Ngeri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat