Russia Didesak Oleh Penunjuk Perasaan Untuk Membebaskan 10 Remaja Yang Di Tahan


Penunjuk Perasaan

Moscow: Puluhan peserta Penunjuk Perasaan mendesak kerajaan Russia agar membebaskan 10 remaja yang ditahan semalam. Ada diantara yang menyertai perhimpunan itu ditahan oleh pihak berkuasa Russia. 10 remaja yang ditahan di syaki terlibat dalam kegiatan pengganas dan cubaan merampasa kuasa.

Menurut wartawan, 20 orang penunjuk perasaan ditahan semasa demonstrasi haram yang dilakukan di Saint Peterburg.

Pemantau bebas, OVD-Info pula berkata, 18 orang diberkas di Moscow, manakala 40 lagi ditahan di Saint Petersburg ketika tunjuk perasaan, semalam.

Antara poster yang dipegang oleh penunjuk perasaan itu ketika ditahan tertera mesej, ‘Kremlin: bebaskan tebusan kamu’ dan menuduh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) mengada-ngadakan tuduhan kes terhadap 10 remaja terbabit.

“Saya datang ke sini untuk menyokong mereka yang ditahan kerana sepatutnya dibebas. Jika kita hanya membuat bantahan di internet, tiada apa yang akan berubah,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Ekaterina Annenkova, 20, ketika ditemui AFP di Saint Petersburg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat