“Meletup Hancur Rumah..” Buat Tangki Tahi Dalam Rumah, Wanita Ini Luah Rasa Bengang


Setiap orang pasti ada keinginan untuk memiliki rumah sendiri. Malah rumah yang dibina itu juga merupakan idea sendiri. Sama ada dari segi struktur serta bentuk rumah, warna dan hiasan dalaman.

Memiliki kediaman sesuai dengan keinginan sendiri merupakan satu nikmat yang paling disyukuri. Lebih-lebih lagi jika rumah tersebut dibangunkan dengan hasil penat usaha diri sendiri. Siang malam bekerja, ke sana ke mari demi mendirikan sebuah rumah impian.

Usaha dan kegigihan tersebut hanya mereka yang mengalami sahaja memahami. Sehinggakan jika ada sesuatu yang kurang memuaskan hati pasti ia bakal membuatkan kita berasa kecewa dan bengang kan?

“Meletup Hancur Rumah..” Buat Tangki Tahi Dalam Rumah, Wanita Ini Luah Rasa Bengang

Mana tidaknya, segala penat usaha selama ini untuk membangunkan sebuah rumah namun nyatanya rumah yang dibangunkan itu ada beberapa masalah. Lebih-lebih lagi jika masalah itu timbul dari pihak kontraktor mahupun pemaju rumah.

Seperti mana yang diluahkan oleh Izati Zainal menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan rumahnya yang terdapat tangki tahi di dalam rumah. Lazimnya, tangki tahi atau tangki septik ini akan dibina di luar rumah.

Jika berlakunya pengubahsuaian rumah, sepatutnya tangki tahi tersebut perlu dialihkan ke tempat lain iaitu di luar. Tidak seharusnya berada di dalam rumah. Menerusi video tersebut, Izati memaklumkan rumahnya memang cantik namun banyak masalah.

Sudah setahun namun dia tidak mempersoalkannya memandangkan dia sibuk mencari duit. Dapat dilihat menerusi video tersebut dua tangki yang berada di ruang tamu. Satu di bahagian menonton televisyen dan satu lagi di bahagian tamu yang mana kedua-duanya siap dibalut dengan selotip putih.

tangki tahi dalam rumah

 

Boleh penyebab penyakit jangka masa panjang..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang meluahkan rasa bimbang kerana bila-bila masa sahaja tangki tahi tersebut boleh meletup.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, bahaya jika tangki tahi berada di dalam rumah. Boleh penyebab penyakit jangka masa panjang. “Bahaya tangki tahi dalam rumah ni, boleh penyebab penyakit jangka masa panjang”, tulis Nyra. ‘

Manakala menurut mmy chntek islam pula, katanya bahaya hidu bau tangki kerana boleh menyebabkan kanser. “Sis, bahaya selalu hidup bau tangki tu. Boleh menyebabkan kanser”.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis menyatakan, main hole nampak straight dan berpendapat itu memang dah kawasannya. “nmpk straight molek mainhole tu duduk mksd nya mmg kwsn dia dh tu. biasa jd gini sbb sambung rumah xnk alih mainhole.”, tulis Yanie Aziz.

Apabila benda atau sesuatu yang tidak sepatutnya berada di dalam rumah namun ada, macam-macam perkara yang boleh berlaku. Semoga wanita ini dan keluarganya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: TikTok Izati Zainal

Baca juga: Pemuda Singapura Dedah Seronok Kerja Di Malaysia, Kurang Tekanan & Banyak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat