Cara Rawatan Yang Terbaik Bila Anda Sakit Lutut
Sakit lutut yang dapat dialami oleh semua orang dari segala usia tapi terutamanya orang berusia 40 tahun ke atas, Doktor Abdul Rahim telah berkongsi ilmunya dalam berkaitan masalah sakit lutut, cara rawatan terbaik bila anda sakit lutut dan tanda anda terkena sakit lutut.
“Yang mana RAWATAN terbaik bila anda SAKIT LUTUT: Makan ubat, Physio, Mkn Produk dipasaran, Bomoh Urut, INJEK PELINCIR LUTUT atau OPERATE buh GANTI LUTUT BARU? Ikut je pilihan anda.”
Sungguh ramai pesakit doktor datang ke klinik untuk sedut air bisa dalam lutut. Dan ada datang letak minyak pelincir lutut kerana grease lutut dah kering. Maklum le umur dah lebih 4 siris atau dah Menopause.
Anytime siapa saja, doktor atau anda akan alami kesakitan lutut atau gerakan lutut kita terbantut. Kalau dah telan ubat lutut berkilo-kilo ke, dah pergi mengurut ke, dah physio ke atau dah bekam ke. Tapi tidak baik-baik pun lutut tu. Maka doktor syorkan suntikan intra-artikular lutut atau pembedahan lutut menjadi pilihan terbaik.
Tanda-tanda Anda Sakit Lutut
- Ada Pembengkakan sendi lutut.
- Gerakan lutut terhad.
- Sakit bila gerak lutut.
- Lutut berbunyi bila bergerak / bunyi crepitus. macam ada gisiran.
Info Yang Anda Perlu Tahu
Kereta lama ada spare part. Lutut Kita tiada spare part tau. Maka jaga semua bahagian anggota badan yang Allah pinjamkan kepada kita dengan sebaik-baiknya.
Bila anda terlalu aktif dengan aktiviti lasak, dah start menopause atau kuat mkn sampai obess. Andalah punca yang merosakkan lutut anda sendiri. Bila dah rosak lutut tiada ubat yang boleh baik pulihnya seperti sediakala. Tapi sebagai doktor hanya dapat mengurangkan kesakitan lutut anda buat seketika beberapa bulan sahaja.
Tiada produk dipasaran dapat melegakan kerosakan lutut. Kerana sendi lutut bila dah rosak, tidak boleh pulih seperti sediakala. Minyak pelincin pun dah kurang dan tulang pun dah tua serta pembentukan osteofit/ tulang tajam dlm lutut dah terbentuk..aduuh sakit mak sakiiit!
Punca Kesakitan Lutut Anda
- Akibatkan kecederaan intraarticular spt kecederaan ligamen, menisus, capsul lutut, tendon atau fraktur tulang sendi lutut.
- Akibatkan kehilangan rawan pd pesakit osteoartritis atau sinovitis.
- Kecederaan & kesakitan Tendon & bursitis dekat lutut.
- Keradangan dilutut spt arthritis, rhematoid, gout atau infeksi lutut/arthritis septik.
- Kesakitan lutut kaki, kepala lutut, tulang belakang/ sciolosis/ kyphosis atau tulang punggung.
Semua boleh disahkan cara periksaan doc cara klinikal, Xray, ultrasound atau MRI.
Kalau Rawatan Makan Ubat Lutut Tidak Membantu, Elok Sekali
Doktor syorkan Suntikan MINYAK PELINCIR lutut intra-artikular dgn kortikosteroid. Ada yang doktor injek dalam sendi lutut dengan infliximab, asid hyaluronik, botulinum neurotoxin, dan plasma rich platelet (PRP). Semua ni doktor amat rekomen jika anda takut operation buat Knee Replacement.
Daripada Dr. Abdul Rahim.