Pemuda Singapura Dedah Seronok Kerja Di Malaysia, Kurang Tekanan & Banyak..


Mesti ramai dalam kalangan kita yang perasan dan ada yang sudahpun bekerja lama di negara seberang iaitu Singapura. Memang tidak dinafikan, gaji yang diterima jika bekerja di sana adalah lebih tinggi dan lumayan berbanding pendapatan di Malaysia.

Oleh hal yang demikian, ramai rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor yang gigih menyebarang seawal pagi ke negera tersebut bagi mencari rezeki. Tiada masalah pun, itu adalah hak masing-masing. Namun kegigihan mereka bergerak seawal pagi dan beratur panjang saat mahu masuk ke negara Singapura wajar dipuji.

Pastinya ramai dalam kalangan kita yang tertanya-tanya, kenapa mereka tidak memilih untuk tinggal di negara tersebut sahaja? Seperti yang korang tahu, pendapatan dan mata wang Singapura adalah lebih tinggi berbanding Malaysia dan secara automatik kos sara hidup di sana juga tinggi.

Pemuda Singapura Dedah Seronok Kerja Di Malaysia, Kurang Tekanan & Banyak..

Berkenaan dengan negara Singapura ini, baru-baru ini viral sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh Hasan Ithnin berkenaan dengan kawannya yang berasal dari Singapura. Kawannya itu lebih memilih dan lebih seronok bekerja di Malaysia.

Di saat rakyat Malaysia berpusu-pusu mencuba nasib dan membanting tular di negara itu. Pemuda Singapura ini pula sedang bahagia menikmati hidup dan mencari rezeki di Malaysia.

Apabila ditanya oleh Hasan kenapa lebih memilih bekerja di Malaysia sedangkan pendapatan di sana lebih lumayan. Jawapan dan pandangan yang diberikan oleh pemuda ini sungguh menarik.

Walaupun bayaran gaji di sana mahal namun ada beberapa faktor lain yang menjadikan sama sahaja. Hidup di sana juga perlu membayar kos sara hidup yang mungkin agak tinggi nilainya.

Pemuda yang bernama Haiyun ini mendedahkan bahawa dia lebih suka bekerja di Malaysia berbanding negaranya kerana ada ‘kehidupan’, kerana itulah yang dicari oleh kita semua.

“Saya ada kawan yang gaji seribu lebih di Malaysia dan ada juga kawan yang gaji seribu lebih di Singapore. Tapi bezanya adalah, yang seribu lebih di Malaysia ini dia ada life, dia jumpa family, anak dia, dia boleh membesar tengok anak dia. Ada masa untuk kawan.”

“Dekat Singapore ini saya ada satu kawan, jangan cakap satu minggu satu hari, kadang-kadang seminggu tu dia tak nampak anak dia. So the most important thing, bagi saya lah, adalah life.”, jelas Haiyum.

Setuju. kerja memang penting, tapi nikmat hidup ni lebih besar..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh orang ramai. Ada yang bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh pemuda Singapura ini. Menurut anne81, dia bersetuju dan mana-mana kerja sama sahaja. Pokok pangkal pada hati.

“Setuju. Mana-mana kerja sama je. Pokok pangkal pada hati, gaji besar tapi berjauhan dari keluarga, ermm.”

“Betul duduk JB pukul 4 pagi dah keluar rumah, balik pula sampai rumah 10 malam”, tulis pula pemilik akaun TikTok Kak.N”

Manakala Shaff_abdullah juga turut bersetuju dan menurutnya, kerja memang penting namun nikmat hidup adalah lebih besar. ” setuju. kerja memang penting, tapi nikmat hidup ni lebih besar.”

pemuda singapura

 

Ya benar, nikmat hidup adalah cukup besar. Tiada guna kalau gaji mahal namun hidup tertekan, ditambah pula tidak dapat melihat dan bersua muka bersama keluarga serta anak-anak. Walauapapun, terpulang kepada masing-masing, sama ada lebih selesa bekerja di mana-mana.

Sumber: TikTok Hasan Ithnin

Baca juga: Isu Wanita Pengganggu Rumah Tangga, Puteri Sarah Masih Tunggu Keputusan JAWI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat