Covid-19: Arab Saudi Menggantungkan Sementara Kemasukan Jemaah Umrah

Sumber Rujukan : Astro Awani

Arab Saudi menggantungkan sementara kemasukan jemaah umrah untuk memasuki negara itu, bertujuan membendung jangkitan wabak COVID-19.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

Visa pelancong juga digantung sementara

Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut laporan Arab News, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Dilaporkan hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun.

Majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Setakat ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat