Banyak Betul Versi Cerita Smiggle ! Betul Ke Budak-Budak Sekarang Lebih Materialisitik ?


Sesi persekolahan yang baru bermula baru-baru ini melihatkan gelagat ramai kanak-kanak ketika hadir pada hari pertama persekolahan. Pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsikan oleh ibu bapa menerusi media sosial.

Namun, salah satu kisah yang paling mendapat perhatian warganet ialah penggunaan beg sekolah berjenama Smiggle yang berharga ratusan ringgit.

Jenama Smiggle sering disebut sejak beberapa hari ini atas dakwaan ramai ibu bapa yang mengatakan anak-anak mereka dipulau akibat tidak memakai beg sekolah mahal seperti rakan sekelas yang lain.

Perkara ini turut mendapat perhatian pengguna Twitter yang risaukan trend anak-anak zaman sekarang yang disifatkan sebagai materialistik.

smiggle

Kredit : Twitter @nefauzii

“Apa penyelesaian kes macam ni ya? Pada aku jangan tekankan nama brand barangan kat anak sangat. Jangan disebut-sebut nama brand tu. Cukup sekadar sebut beg pink je,” ciap pengguna Twitter tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan kegusaran berhubung budaya membanding-bandingkan yang dilihat kian sebati di kalangan kanak-kanak.

Isu Smiggle Gambarkan Realiti Sebenar Atau Gimik Untuk Dapatkan Perhatian ?

Disebabkan topik ini menjadi isu yang hangat, sesetengah pengguna dilihat mengambil kesempatan menggunakan topik ini untuk meraih perhatian di media sosial sampai ada banyak versi berkaitan Smiggle.

Buktinya, beberapa hantaran didapati mempunyai caption serta gambar yang sama.

smiggle

Seorang pengguna Facebook turut tampil memberitahu yang gambar miliknya telah disalahguna oleh pengguna laman sosial yang sibuk ikuti trend keluhan tentang jenama beg sekolah kayangan ini.

Menurut Puteri Syazana Aimi, gambarnya itu tiada kena mengena dengan Smiggle dan bertujuan hanya untuk memberikan review kepada penjual di laman Shopee. Beliau juga tidak mengajar anaknya menggunakan barang branded meskipun mampu.

smiggle jadi sebutan netizen

Kredit : Facebook Puteri Syazana Aimi

Dalam pada itu, beliau turut meminta bantuan warganet untuk report hantaran di laman sosial yang menyalahguna gambar anaknya yang berumur 3 tahun itu.

Melihatkan duplikasi kisah yang sama, mungkin tanggapan tentang anak-anak sekarang materialistik adalah tidak benar. Jika benar, Alhamdulillah. Anak-anak kita masih lagi terpelihara daripada pengaruh kemewahan.

Sejak kisah tentang Smiggle ini timbul, ia secara langsung telah memberi sudut negatif pada jenama barangan sekolah dari Australia ini. Tanpa disedari, Smiggle telah mencetuskan kelaziman bagi kanak-kanak untuk bergaya dengan kos yang tinggi.

Pada asalnya, Smiggle hanya bermatlamat untuk menaikkan semangat anak-anak untuk ke sekolah dengan rekaan serba pink dan warna-warni. Selain beg, Smiggle juga keluarkan produk sekolah lain seperti alat tulis ‘wangi’, dan bekas pensel.

Namun kita tidak boleh salahkan syarikat ini bulat-bulat. Smiggle wujud kerana di dunia ini ada ibu bapa yang mampu belikan barangan sekolah mahal untuk anak-anak.

Kalau kita ada duit banyak, kita pun pasti akan lakukan benda yang sama, bukan ? Siapa yang tak nak anak kelihatan cantik dan comel dengan barangan yang berkualiti ?

Berkenaan isu ini, ia berbalik kepada peranan ibu bapa yang membentuk pemikiran anak. Memang tidak dinafikan kadang-kadang kita sebagai ibu bapa yang beriya ikutkan trend sehingga ketepikan kesannya pada anak-anak.

Tidak perlulah kita biasakan anak dengan keperluan barangan mewah, asalkan barangan tersebut berkualiti, ia sudah memadai untuk penggunaan anak. Sebaliknya, ibu bapa perlulah tekankan sahsiah serta prestasi anak di sekolah yang jauh lebih penting daripada jenama beg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat