YATIM PIATU SEAWAL 2 TAHUN: Hafizi Jamal Bertalu-talu Menerima Kata-kata Semangat Setelah Perkongsian Nasib Dengan Mangsa Kemalangan DUKE Tersebar


Berikut ialah coretan Saudara Hafizi Jamal berkenaan dirinya yang telah menjadi anak yatim piatu seawal umur 2 tahun, manakala kakaknya berumur 4 tahun pada waktu itu.

Saya amat terkesan dan pilu membaca kisah 3 beranak yang meninggal dalam kemalangan jalan-raya melibatkan pelumba haram meninggalkan 2 beradik yatim piatu.

Berita ini sekaligus mengingatkan sejarah hitam yang berlaku pada diri saya sendiri 25 tahun yang lalu dimana saya sekeluarga juga terlibat dalam kemalangan bersama ibu bapa & akak atas kecuaian orang lain.

Ramai yang tidak tahu sejarah saya, walaupun kenalan saya sendiri. Tapi hari ini saya ceritakan untuk tauladan semua.

Pada waktu kemalangan usia saya baru menginjak 2tahun & kakak 4tahun. Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas raya.

hafizi

Dalam kemalangan itu. Ibu saya meninggal di tempat kejadian manakala arwah ayah meninggal di hospital. Saya & akak juga masing2 mempunyai parut kekal di wajah & kepala kesan dari kejadian itu

Trauma Dan kepedihan masih menyelubungi kami. Mungkin anda tak akan mengerti tetapi hanya Allah mengerti betapa seksa nya hidup bergelar anak yatim piatu sejak kecil. Terutama bila ada pihak yang tidak berlaku adil dan cuba eksplotasi . dunia memang kejam bukan?

Saya sejujurnya tidak pernah mengenali ibu bapa saya atau mengingati sebarang memori bersama mereka, tapi kerinduaan saya pada mereka tidak akan pernah padam.

Apa pun syukur pada Allah kerana masih memanjangkan umur saya dan akak Amoi Heaxa. Juga dipanjangkan umur nenek saya tempat kami menumpang kasih.

Saya sedih menggenangkan nasib dua beradik ini. Cabaran besar pasti menanti mereka menjelang hari2 mendatang.

Memang setiap yang berlaku atas qada & qadar Allah tapi perlukah anda menjadi punca kesedihan orang lain? Kesannya bukan pada waktu kejadiaan saja bahkan hingga kedua adik beradik Malang itu membesar, bagaimana kebajikan mereka kelak?

Saya bukan mahu salahkan sesiapa, tapi tindakan mereka itu amat tidak bertanggungjawab. Saya harapkan hukuman yang setimpal buat pengajaran semua. Setidaknya mereka patut menjaga kebajikan anak2 yatim tersebut sehingga dewasa. Itu lebih wajar bagi saya.

Buat mangsa2 dan kedua ibu bapa saya. Moga roh mereka dicucuri Allah dan tenang di sana. Al-fatihah

===Setelah post ini tersebar, Saudara Hafizi Jamal kemudiannya menerima kata kata semangat dan respons dari warga yang prihatin ===

Sejak semalam, bertalu-talu PM masuk ke inbox saya berikutan satu perkongsian di Fb personal saya tempoh hari. Ramai yang memberi sokongan, nasihat, tak kurang juga yang meminta pandangan saya.

Sejujurnya, perkongsian saya itu bukan untuk meraih simpati anda, bukan juga minta diangkat dato Siti. Simpati bukan lagi untuk saya, Sudah cukup lama saya telan, saya pendam sendiri kesusahan saya. Saya jarang bercerita.

Kini saya sudah dewasa. Saya sudah memcorak kehidupan saya sendiri. Saya bukan insan yang suka menunjukkan kesedihan, jika anda kata anda mengenali saya, pasti anda tahu saya lebih suka tersenyum dan ketawa , walaupun saya sedikit baran dan lebih senang menyendiri.

hafizi2

Saya cuma ingin menzahirkan rasa simpati saya ke atas adik Aqila dan Amira dengan cara saya, seperti juga anda. Saya yakin mereka akan melalui setiap fasa yang saya lalui, walau ceritanya berbeza, jalannya masih sama.

Mungkin juga penulisan saya itu boleh menjadi suara luahan hati anak-anak yatim yang lain. Kami tak pernah minta pun untuk mendapat title “anak yatim piatu” dan kami tak mengharapkan pun bantuan sesiapa apatah lagi untuk menagih simpati.

Kami juga ada maruah dan harga diri, kami malu jika dianggap suka meminta-minta. Saya setidaknya diajar oleh nenek saya untuk tidak meminta melainkan hanya kepada Allah swt.

saya juga lebih senang berkongsi rahsia dan masalah dengan teman setia saya Amoi Heaxa. Dari dulu lagi, kamilah yang membantu satu sama lain.

Kami, anak-anak yatim percaya bahawa setiap kejayaan dan takdir itu semuanya atas kurniaan Allah, sebaik2 Pemberi Rezeki dan kami percaya Dialah yg Menjaga dan Dialah Sebaik-baik Penjaga

Pernahkah anda terfikir, Bila tiba saat anak-anak kecil ini membesar, melihat ibu-bapa RAKAN mereka di hari-hari bersejarah, saat pertama ke sekolah tadika, di majlis Konvokesyen, mahupun di hari perkahwinan mereka kelak? Tapi.. tiada siapa disitu untuk mereka, disaat itu betapa teringin nya mereka mengungkapkn perkataan ibu dan ayah seperti Rakan-rakan Mereka..

Kita lihat zaman sekarang, Berapa ramai yang menghargai Ibu Bapa? berapa banyak kita lihat anak-anak menderhaka, hingga ada yang sanggup tinggal ibu bapa sendiri di bawah jambatan.Nauzubillahiminzalik.

Hargai setiap saat dengan ibu bapa anda, kita tak tahu bila mereka akan pergi.

Jadi mohon hentikan spekulasi, tingkatkan prestasi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat