Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Lebih Berkesan


Jerawat merupakan perkara yang selalunya berlaku pada golongan remaja kerana banyak terdedah kepada udara yang tercemar dah disebabkan oleh perubahan pada hormon di dalam badan. Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat dengan segera supaya tidak meninggalkan kesan parut yang kekal.

Jerawat menjadi masalah yang sering kali dialami oleh setiap golongan remaja. Jerawat memang bukan penyakit kulit yang membahayakan tetapi ia memberikan kesan yang buruk terhadap psikologi seseorang. Mereka yang mempunyai jerawat yang berlebihan akan merasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

4 Cara Menghilangkan Jerawat

1) Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi yang berfungsi untuk membantu mengurangkan parut jerawat. Selain itu, ia juga dapat membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat yang disebabkan oleh bakteria, cuaca yang panas dan debu dipersekitaran.

Cara-cara penggunaan lemon:

  • Sediakan satu biji buah  lemon
  • Potong lemon menjadi dua bahagian
  • Perah lemon ke dalam sebuah bekas
  • Sapukan air perahan lemon pada wajah yang berjerawat
  • Biarkan selama 15 minit
  • Bilas wajah menggunakan air sejuk

 

2) Lidah Buaya

Lidah Buaya terbukti mengandungi banyak nutrisi penting yang diperlukan oleh wajah. Lidah Buaya juga berfungsi untuk melembabkan kulit dan membuang sel kulit mati.

Cara-cara penggunaan lidah buaya:

  • Potong lidah buaya menjadi dua bahagian dan buang bahagian yang berduri
  • Hiris gel lidah buaya sehingga hancur
  • Sapukan gel lidah buaya di permukaan wajah yang berjerawat dan biarkan sehingga kering
  • Bilas dengan menggunakan air sejuk sehingga bersih

 

3) Putih Telur

Putih telur mengandungi enzim untuk membunuh bakteria penyebab jerawat. Selain itu, putih telur juga dipercayai dapat mengurangkan minyak yang berlebihan penyebab tumbuhnya jerawat pada wajah.

Cara-cara penggunaan putih telur:

  • Ambil satu butir telur
  • Pisahkan antara putih telur dan kuning (ambil yang putih sahaja)
  • Sapukan putih telur tersebut pada wajah dengan menggunakan berus secara rata
  • Biarkan beberapa minit sehingga kering
  • Bilas dengan air suam

 

4) Tomato

Tomato dapat menyejukkan kulit pada wajah menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri kerana ia mempunyai Vitamin A dan C.

Cara-cara penggunaan tomato:

  • Sediakan 1 biji tomato
  • Lenyek tomato sehingga lumat / blender
  • Sapukan tomato yang telah dilenyek / blender ke wajah
  • Biarkan selama 15-30 minit
  • Bilas wajah menggunakan air suam

 

Meskipun bahan kimia boleh mengatasi jerawat secara cepat, tapi ada kemungkinan dapat menimbulkan kesan sampingan jika digunakan secara terus menerus tanpa pengawalan. Oleh hal demikian, anda boleh menggunakan bahan-bahan di atas sebagai cara menghilangkan jerawat dengan cepat untuk kulit wajah. Selain itu, jika anda melakukan rutin ini setiap hari, maka masalah seperti kulit berjerawat yang sukar dihilangkan pun dapat di atasi dengan mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat