Dr Mahathir Di Undang Oleh Raja Salman Ke Arab Saudi


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima surat peribadi daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang mengundang beliau ke Arab Saudi dalam masa terdekat.

Surat tersebut disampaikan oleh utusan khas Raja Salman, Turki Mohamed Fahd Al Saud dalam satu pertemuan di Perdana Putra di sini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang turut serta dalam pertemuan tersebut berkata jemputan rasmi daripada Raja Salman itu bertujuan mengeratkan hubungan baik yang sedia ada antara kedua-dua negara.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan akan memikirkan masa yang sesuai sebab sekarang ini kerja banyak,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Duta Arab Saudi di Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan juga turut serta dalam pertemuan hampir setengah jam itu.

Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir pada jumaat lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat