WANITA: Anda Akan Kelihatan Lebih HODOH dan TUA Pada Setiap Hari Rabu Jam 3.30 Petang


Ini merupakan satu berita buruk kepada parya wanita di luar sana kerana satu kajian telah dijalankan oleh seorang pakar kulit dari St. Tropez, Nichola Joss pada tahun 2013 telah mendapati bahawa wanita akan kelihatan lebih tua dan hodoh pada setiap hari Rabu jam 3.30 petang. Ini adalah kerana kesan kemuncak daripada tekanan kerja dan kesan daripada berjaga sehingga lewat malam pada hujung minggu. Memetik dari sumber The telegraph Nicola Joss telah berkata :

“Penemuan ini satu perkara yang menarik kerana pada hari Rabu jam 3.30 petang adalah masa untuk para wanita meihat diri mereka lebih tua daripada biasa. Tekanan kerja yang memuncak di waktu tengahari pada hari rabu yang menyebabkan wanita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka.”

Kajian yang dijalankan oleh Syarikat St Tropez ini, menyatakan bahawa dua pertiga daripada wanita mengalami situasi kurang bertenaga pada waktu tengahari setiap rabu.

Seks Di Hari Khamis

Hasil kajian ini juga mendapati seorang dari sepuluh wanita menyatakan bahawa hari rabu merupakan hari yang paling tertekan bagi mereka dalam masa seminggu. Walaubagaimanapun kebanyakkan wanita mengakui bahawa hari khamis merupakan hari yang paling cenderung bagi mereka untuk melakukan hubungan seks.

Nichola Joss menjelaskan bahawa seks memberi banyak kelebihan kepada wanita dan ramai wanita menjalani kehidupan seks yang sihat bagi memastikan mereka sentiasa kelihatan muda.

FV2-033-EditFA

“Selepas petang hari rabu yang menyuramkan berlalu pergi, tahap tekanan juga mula berkurangan.  Perkara ini merupakan sesuatu yang menarik kerana pada hari khamis di waktu malam kebanyakan wanita akan merasa berahi dan gersang” Nichola Joss

Gabungan aktiviti di bawah dan ditambah dengan tekanan tempat kerja merupakan punca kepada berlakunya wanita kelihatan hodoh pada hari rabu.

1. Tabiat Minum Minuman Keras

Beliau juga menyatakan kebimbangan  mengenai kesan daripada berparti dan minum minuman keras sehigga mabuk pada hujung minggu. Ini kerana dari kajian tersebut di ketahui bahawa hampir separuh (46 peratus) daripada wanita tersebut gemar untuk minum sehingga mabuk pada hujung minggu.

Beliau menambah, aktiviti yang tidak sihat pada hujung minggu itu mengambil masa beberapa hari untuk menunjukkan kesannya. Badan memerlukan masa sehingga 72 jam untuk memproses kandungan gula dan toksin dalam minuman keras sekaligus proses ini memberi tekanan kepada badan. Hasilnya hari rabu merupakan hari kesan itu berlaku.

2. Tidur Yang Tidak Berkualiti

Kajian ini juga mendapati bahawa Isnin malam kebanyakkan wanita mengalami tidur malam yang teruk. Tidur yang tidak cukup memberi kesan yang buruk kepada kulit kerana ia mengambil masa sehingga 48 jam untuk memberi kesan kepada kulit muka.

alarm

“Penting bagi seorang wanita untuk mendapatkan tidur yang cukup  iaitu selama 7-8 jam setiap malam, ini kerana tidur yang tidak mencukupi menyebabkan kulit wanita akan kelihatan lebih tua. Tidur yang kurang menyebabkan kulit tidak boleh bernafas dan tidur yang lebih  menyebabkan muka kelihatan sembab atau bengkak”

3. Tidak Mencuci Muka

Kajian ini juga mendedahkan seorang daripada sepuluh wanita meninggalkan rejim penjagaan kulit muka mereka pada hari rabu. Nichola Joss juga menasihati para wanita diluar sana mencuci wajah mereka setiap hari walaupun tidak mengenakan solekan pada wajah mereka. Jika para wanita tidak mencuci setiap hari wajah mereka, liang kulit muka mereka akan tersumbat dan menjadikan kulit muka kusam dan kering. Kesannya mereka akan kelihatan lebih tua.

 

Jumaat Hari Terbaik Dan Membahagiakan

Daripada kajian ini juga mendapati hari Jumaat merupakan hari terbaik bagi wanita, dimana 60 peratus yang terlibat dalam kajian ini menyatakan bahawa hari jumaat merupakan hari yang paling bahagia bagi mereka.

happy-girl-sunset-awesome

Kajian ini telah dijalankan dalam satu tinjauan yang melibatkan beberapa orang wanita British pada tahun 2013. Nichola Joss merupakan salah seorang Pakar Terapi Kulit yang terbaik dan terkenal di seantero dunia. Scarlett Johansson, Hilary Swank, Gisele Bundchen dan Gwyneth Paltrow merupakan individu yang menggunakan khidmat beliau.

Hasil kajian ini hanya boleh diguna pakai di negara barat sahaja. Di Malaysia, hanya segelintir sahaja wanita yang terlibat dengan aktivi yang tidak sihat di hujung minggu. Awas wanita di Malaysia jika anda kelihatan hodoh dan tua setiap hari rabu pada puku 3.30 petang, rahsia hidup tidak sihat anda akan terbongkar. Jadi jagalah kesihatan anda dengan sebaik-baiknya supaya anda sentiasa cergas dan awet muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat