ANTHONY KEVIN MORAIS: Berikan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Untuk Mendiang


Terus terang saya cukup terkilan dan marah dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Tuan Anthony Kevin Morais.

Dia diculik, dibunuh dan tidak cukup dengan itu mayatnya disimen dalam tong serta dicampak begitu saja. Kejam sekali! ‘Dosanya’ hanya kerana dia bersungguh-sungguh untuk mendakwa satu kes rasuah melibatkan seorang doktor tentera!

Tuan Anthony menghabiskan masa lebih 10 tahun dlm SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara ini. Ramai individu dan taukeh besar ‘tumpas’ di tangannya. Dia tidak pernah berkompromi dengan perbuatan rasuah dan sgt digeruni pada masa yang sama dihormati kawan dan juga lawan.

Kematiannya hari ini sgt tragis dan mencatatkan episod duka dalam sejarah perundangan negara ini. Atas segala jasa dan sumbangan beliau, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan penganugerahan pingat keberanian tertinggi negara Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada mendiang. Pingat ini selalunya diberikan pada anggota keselamatan yg menunjukkan semangat keperwiraan LUAR BIASA dalam pertempuran.

Satu-satunya orang awam yang pernah dianugerahkan pingat ini ialah Allahyarham Jalil Ibrahim, pegawai bank yang juga mati dibunuh ketika sedang menyiasat skandal rasuah BMF di Hong Kong sekitar awal tahun 80-an dulu.

Pingat ini tak mungkin dpt membalas jasa Tuan Anthony, tetapi kita semua rakyat Malaysia sangat terhutang budi atas keberanian pendakwaraya ini. Ironinya – mendiang mati di hari ulang tahun kelahiran Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat