Cara Untuk Tinggi Yang Boleh Diamalkan Oleh Golongan Dewasa


Adakah anda sedang mencari cara untuk tinggi ? Memang tidak dinafikan memiliki tubuh yang tinggi lampai adalah impian kebanyakan lelaki dan wanita. Ketinggian juga merupakan salah satu faktor yang boleh menambahan keyakinan diri.

Bolehkah Orang Dewasa Tambah Ketinggian ?

Menurut perkongsian MedicalNewsToday, adalah mustahil untuk seseorang menambah ketinggian setelah mencapai usia dewasa.

Secara purata, perempuan akan capai ketinggian penuh pada usia antara 14 hingga 15 tahun. Kaum lelaki pula akan capai ketinggian maksima ketika usia mencecah 16 tahun.

Selepas mencapai usia 18 tahun, tips-tips termasuk pengambilan nutrisi serta senaman tidak banyak membantu dalam tingkatkan ketinggian.

Namun sebagai dewasa, anda boleh amalkan beberapa cara untuk kelihatan lebih tinggi dan kekalkan ketinggian sedia ada yang boleh merosot semakin usia meningkat.

Cara Untuk Tinggi Selepas Capai Usia Dewasa

Perbaiki Postur Badan

Postur badan yang baik ketika berdiri dan duduk bukan sahaja membuatkan seseorang kelihatan lebih tinggi, malah ia juga dapat mengurangkan sakit kepala serta belakang yang berlaku akibat tabiat membongkok.

Salah satu cara untuk tinggi ialah dengan amalkan postur betul ketika duduk

Kredit Foto : mysihat.com

Untuk dapat postur berdiri yang betul, anda boleh ikuti tips seperti di bawah :

  1. Betulkan posisi bahu. Pastikan anda tidak membongkok.
  2. Gerakkan otot teras pada perut agar menghampiri tulang belakang
  3. Pastikan aras kepala terletak selari dengan badan
  4. Depakan kaki supaya berada dalam jarak lingkungan bahu
  5. Elakkan mengunci sendi lutut
  6. Letakkan berat badan pada hujung kaki

Postur duduk yang betul pula boleh dilatih dengan kaedah berikut :

  1. Dalam keadaan duduk, letakkan tapak kaki dan pastikan kedua-duanya mencecah lantai
  2. Adjust ketinggian kerusi supaya kedudukan paha selari dengan lantai
  3. Elakkan tabiat duduk bersilang kaki
  4. Untuk sokong bahagian badan, anda boleh letakkan bantal kecil atau tuala
  5. Pastikan kedudukan bahu selesa

Mantapkan Kekuatan Abdomen

Mungkin ramai yang tak tahu, otot abdomen yang kuat mampu membantu seseorang untuk kelihatan tinggi di samping mendapatkan postur badan yang lebih baik.

Otot abdomen yang kuat juga dapat mencegah seseorang daripada tabiat membongkokkan belakang badan.

Antara senaman yang boleh diamalkan untuk kuatkan abdomen ialah :

Senaman Superman : Mulakan dengan menyiarap pada permukaan rata. Kemudian, angkat kedua-dua kaki, tangan dan kepala daripada lantai dan tahan untuk beberapa saat.

Plank : Senaman ini merupakan latihan abdomen yang termudah dan paling berkesan.  Amalkan plank dengan tahan posisi badan yang bersedia untuk tekan tubi (push-up) selama yang mungkin.

Abdominal Crunch : Mulakan dengan posisi berbaring. Sambil tapak kaki berada di lantai, bengkokkan lutut. Kemudian, angkat kepala dan bahu menggunakan otot abdomen.

Antara cara untuk tinggi ialah dengan amalkan senaman kekuatan abdomen

Kredit Foto : mysihat.com

Cara Elakkan Ketinggian Berkurang

Tahukah anda, ketinggian seseorang boleh merosot sebanyak setengah inci setiap 10 tahun akibat pelbagai faktor ? Apabila usia mencecah 40 tahun, ketinggian boleh berkurang disebabkan masalah kesihatan seperti osteoporisis dan tekanan pada tulang belakang.

Meskipun kita tiada banyak pilihan untuk tambah ketinggian, namun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk elakkan ketinggian berkurang apabila usia semakin lanjut.

Antara tips yang boleh diamalkan bagi mengelakkan ketinggian ialah :

  • Kekal aktif dengan amalkan senaman fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Jaga pemakanan dan dapatkan khasiat kalsium secukupnya setiap hari.
  • Amalkan pengambilan vitamin D untuk kekalkan kesihatan tulang. Antara makanan yang kaya vitamin D ialah tuna dan kuning telur serta pengambilan supplemen atas saranan doktor.
  • Minum air secukupnya
  • Hentikan tabiat yang boleh jejaskan kesihatan seperti pengambilan dadah, alkohol dan tabiat merokok.
  • Dapatkan tidur dan rehat secukup setiap hari.

cara nak tinggi adalah dengan penjagaan makanan sihat serta gaya hidup aktif

Tips serta cara untuk tinggi yang ada biasanya hanya boleh diguna pakai oleh kanak-kanak serta pra-remaja yang sedang membesar.

Mereka masih boleh usaha untuk tinggi melalui pelbagai jenis senaman seperti gunakan monkey bar dan lompat tali serta diet tinggi kalsium.

Jangan pula anda mudah percaya dengan produk yang katanya boleh tambahkan ketinggian. Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan oleh orang dewasa untuk tingkatkan ketinggian sedia ada.

Tetapi, kita masih boleh jaga ketinggian dan kesihatan tulang sebagai persiapan di hari tua. Banyakkan bersenam dan pastikan pemakanan kaya dengan nutrisi untuk kesihatan badan serta tulang.

Satu komen untuk “Cara Untuk Tinggi Yang Boleh Diamalkan Oleh Golongan Dewasa”

  1. Nur dayana syauqina rashidah bt.md.rashid says:

    Saya nak sangat jadi tinggi sebat keluarga saya tinggi belake so saya pun nak jadi tinggi jugak tolong lah saya tolong lah please….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat