Dari Kandang Kambing Ke Banglo Mewah, Transformasi Gadis Ini Dek Kerana Hinaan Cukup Luar Biasa
Lumrah kehidupan, dihina, dikeji itu seolah-olah perkara biasa. Perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang tiada hati dan perasaan, yang tiada empati dalam diri.
Ya, walaupun hinaan dan kejian itu perkara biasa namun bagi mereka yang dihina dikeji itu bukan perkara biasa. Ramai yang makan hati dan menimbulkan kesan yang mendalam akibat kejian pihak lain. Dek kerana tidak mampu membalas dan melakukan sesuatu, dendam kesumat pasti akan bertapa di hati.
Kadangkala rasa dendam tersebut bukanlah untuk membalas atau mengkhianati kembali namun dendam tersebut menjadi semangat untuk kita melakukan perubahan dalam hidup. Berusaha dan mampu membuktikan kata kejian atau hinaan yang diberikan oleh pihak tiada hati perut itu bahawasanya kita mampu.
Dari Kandang Kambing Ke Banglo Mewah, Transformasi Gadis Ini Dek Kerana Hinaan Cukup Luar Biasa
Seperti mana yang dikongsikan oleh gadis ini, apabila rumahnya dihina dan dikata seperti kandang kambing. Bukan itu sahaja, malah dia juga ditinggalkan kekasihnya gara-gara tidak direstui oleh bakal mentua dek kerana rumah yang didiami itu tidak segah dan secantik orang lain.
Malah lebih menyedihkan lagi, kerana bakal mentua menganggap rumahnya itu sebagai kandang kambing. Selepas menghadapi segala keperitan, kesedihan dan kekecewaan dalam hidup, gadis ini kemudian terus bangkit dan membuktikan bahawa dia mampu.
Berkat usaha dan kegigihan serta semangat yang kental, pada tahun 2022 iaitu tahun ini, gadis berkenaan akhirnya berjaya memiliki rumah sendiri yang indah dan cantik, yakni sebuah banglo. Bayangkan dari kandang kambing menjadi sebiji banglo, sungguh luar biasa semangat gadis ini.
Tahniah adik. Abaikan yang menghina tu..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang terharu dan ada juga yang meninggalkan komen menyatakan nasib yang dilalui oleh gadis ini adalah sama dengannya.
“Nasib kita sma sis. skrg tgh rancang nk buat rumah sndiri , nk bukitkan yg kita tk hadap pun duit lelaki”, tulis pemilik akaun TikTok dengan bentuk love.
Tidak kurang juga ada yang menulis dan menyatakan, begitulah minda orang kita. ” gitu lh minda org kita. pdhal ak malu dgn nabi dan sahabat. mereka yg lebih layak cuma huni rumah kecil krn ini semua x penting di dunia”, tulis sharethesamebraincell.
Manakala Ummi Ros sempat mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa syukur dan turut mendoakan gadis ini semoga dipermudahkan segala urusan.
“Syukur:alhamdulillah…Tahniah adik .abaikan yg mghina tu semoga Allah permudahkan segala urusan mu didunia dan diakhirat insyallah”
Lihatlah, betapa gadis ini berjuang demi memastikan tiada lagi yang boleh mengeji dan menghinanya. Sungguh luar biasa kan semangat gadis ini. Walaupun hinaan dan kejian itu bukanlah satu perbuatan yang baik namun kadangkala ia menjadi punca kepada semangat dan juang yang cukup luar biasa.
Untuk korang semua, jika pernah jatuh sekali, jika pernah dihina, jika pernah dikeji, bangkitlah semula. Tunjukkanlah pada musuh atau pihak tersebut bahawa korang mampu berjaya. Moga-moga kejian dan kata-kata hinaan itu boleh membawa kita ke arah kejayaan.
Kredit: TikTok eytamin
Baca juga: Lupa Anak Dah ‘Pergi’, Ramai Sebak Dengar Rintihan Lelaki Ini Panggil Anak