Screen Phone Pecah, Tangan Kebas, Plug Hangus, Akibat Bermain Phone Masa Hujan – Daily Rakyat

Screen Phone Pecah, Tangan Kebas, Plug Hangus, Akibat Bermain Phone Masa Hujan

Sumber Rujukan : Nik Nur Fila

Syukur , masih dipanjang umur hingga sekarang, menaip ni pun masih trauma, ketar-ketar, kebas tangan, takut nak pegang phone.

Betul la orang kata, bila dah kene pada diri sendiri baru kau tahu rasa dan hari ini telah terjadi pada aku .Innalillahiwaillahirajiun. Sesiapa sebelum ni pun pernah pesan, jangan main phone masa tengah charge ! Jangan pegang phone masa hujan lebat.

 Screen Phone Pecah, Tangan Kebas, Plug Hangus, Akibat Bermain Phone Masa Hujan

Kuat tak kuat dentuman petir tadi , dinding retak macam kena gempa bumi ..LAIN KALI HATI2

Ini yang telah terjadi pada aku , maghrib tadi baru 5minit pegang phone sebab seharian jaga anak demam, tak sempat nak scroll newsfeed , tertiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia harini , baru nak komen tiba-tiba petir berdentum , satu rumah blackout,plug hangus , screen phone pecah ‘mungkin dah rosak’ , Bayangkan mima yang tengah pegang phone masa kejadian, tak tahu macam mana dengan berat 77kg pun boleh melayang melambung sampai dari bucu katil sana hingga bucu katil sini. MELAMBUNG WEII . Dia punya sakit jangan cakap, menangis sampai hilang suara , telinga berdesing , kepala bengang , tangan kanan tak rasa apa .. kebas sampai sekarang, sendi semua sengal.

Alhamdulillah, syukur nasib baik tak terkene renjatan atau hangus tanpa taubat dasyat tak dasyat dinding bilik sampai retak teruk, nasib baik takde litar pintas terjadi

 Screen Phone Pecah, Tangan Kebas, Plug Hangus, Akibat Bermain Phone Masa Hujan

 

BACA  Jika Seorang Isteri Menangis Dihadapan Mu, Hargailah Dia Sebelum Menyesal

Peringatan pada diri sendiri juga atau pada siapa-siapa yang suka main phone. Kalau hujan lebat tu boleh dah nak cabut plug yang mana tidak diguna, kena current dekat plug sbb tangan basah tu tak sama dengan kene current masa petir ni. Boleh maut kalau terlambat , Alhamdulillah sekarang dah boleh gerak jari slow-slow , tapi tangan kanan masih kebas tak terasa , telinga masih berdesing , darah kat tangan masih belum stabil ‘pucat’ .Nasib baik ada suami geng current juga boleh sama sama ketawa sebab sama sama dah rasa .

Jadi hati-hati kalau phone yang tengah charge, kalau boleh tak payah sentuh pun phone kalau tengah charge atau hujan. Kalau taknak rasa pengalaman gegar otok , bengong kepala dan sebagainya.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat