Tips Supaya Kuku Kekal Cantik Sepanjang Masa
Penampilan diri memang sangat penting untuk dijaga. Kebiasaannya kita pasti akan menjaga kecantikan wajah hingga terlupa aspek penjagaan lain seperti kuku.
TIPS PENJAGAAN KUKU SUPAYA KUKU KEKAL CANTIK
-
Jaga diet dan pemakanan
Diet pemakanan yang baik dan seimbang adalah sangat penting bagi menjaga kecantikan dan kesihatan kuku. Makanan yang mengandungi vitamin B boleh mengelakkan kuku menjadi rapuh, zink untuk menghilangkan bitnik putih, zat besi dan kalsium bagi kekuatan kuku. Vitamin A dan C pula untuk menghalang kekeringan dan kusaman. Selain itu, anda disarankan untuk minum air putih secukupnya.
-
Pastikan kuku sentiasa kering
Kuku yang basah dan lembap membuatkan bakteria mudah membiak dan menyebabkan kuku mudah retak dan pecah. Pastikan ia sentiasa kering dengan mengelapnya selepas melakukan aktiviti yang berkaitan dengan air.
-
Memakai sarung tangan
Gunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah misalnya waktu mencuci pinggan mangkuk ataupun bilik air supaya kuku kekal cantik kerana sesetengah bahan pencuci yang bersifat kasar dan ianya boleh mmenyebabkan kuku menjadi rosak.
-
Pakai pelembap khas untuk kuku
Bukan sahaja tubuh badan yang memerlukan pelembap khas, kuku juga memerlukannya. Jika anda malas untuk menggunakannya, anda boleh menggunakan losyen badan dan sapukannya pada seluruh badan dan termasuklah kuku sebelumĀ tidur supaya kuku kekal cantik.
-
Pergi ke salon kuku
Jika anda merasa malas untuk menjaga kuku sendiri, anda bolehlah berkunjung ke salon kuku yang berhampiran. Sambil memanjakan badan di spa, anda juga boleh memanjakan jari anda untuk mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.
-
Potong kuku dengan kerap
Dengan cara potong kuku dengan kerap dan teratur ianya boleh menjamin kesuburan kuku supaya kuku kekal cantik. Sekiranya kuku kerap dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.
-
Menggunakan pewarna kuku yang berkualiti tinggi
Sekiranya anda penggemar tegar mewarna kuku, pastikan anda memilih pewarna kuku yang tinggi kualitinya supaya kekal cantik kerana kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai formula yang bertindak untuk memelihara kuku. Seterusnya, jangan selalu menggunakan aseton untuk membersihkan pewarna kuku kerana ia boleh menjadikan kuku anda kering.