Anwar Ibrahim: Dari penjara ke istana


YDP Agung Sultan Muhammad ke 5 telah menitahkan Datuk Sri Anwar Ibrahim, Datuk Sri Wan Azizah dan Datuk Sri Azmin Ali mengadap ke istana sejurus sahaja pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara.

Beliau telah dikurniakan oleh YDP Agung Sultan Muhammad V pengampunan penuh yang bermaksud- dibersihkan rekod segala kesalahan lampau dan boleh kembali menjadi ahli parlimen pada bila bila masa.

 

Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun pada Februari lepas kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan  yang berusia 23 tahun ketika kesalahan itu dilakukan pada 2008.

Selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara atas kesalahan meliwat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Anwar dan keluarganya, khususnya Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga adalah isterinya dan anak mereka, Nurul Izzah yang kini adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul, telah lama mendakwa pertuduhan itu bermotivasi politik.

Sumber gambar dari Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat