Cara-Cara Untuk Menghilangkan Karat Pada Besi


Karat terjadi apabila berlaku tindak balas kimia antara wap air dan juga oksigen. Kebanyakan besi yang bukan daripada jenis Stainless Steel akan mudah berkarat apabila terdedah kepada persekitaran luar. Mari saya kongsikan beberapa cara yang mudah untuk kita menghilangkan karat pada besi.

Penggunaan Cuka Putih


Cuka putih mudah didapati dikedai-kedai berhampiran rumah anda. Tapi kebiasaannya ibu ataupun mak korang mesti ada simpan cuka putih untuk digunakan dalam masakan. Senang je caranya. Ambil cuka putih dan tuangkan ke atas besi yang berkarat. Tahap adisitinya yang tinggi akan menghakis lapisan karat pada besi. Gosokkan pada tempat yang berkarat dan lap hingga kering. Tengok hasilnya. Pasti membuatkan permukaan besi anda kembali bersinar.

Penggunaan Asid Sitrik


Asid sitrik juga mudah untuk di cari sama ada di rumah ataupun di kedai berhampiran. Seperti yang kita tahu, asid sitrik mempunyai banya fungsi dan salah satunya ialah boleh menghilangkan karat. Campurkan asid sitrik dengan air dan kacau sehingga ianya larut. Rendamkan alatan besi anda semalaman. Keringkan dan sapu karat pada besi tersebut dengan span. Maka berkilatlah kembali alatan besi anda.

Garam Dan Limau Nipis


Campuran garam dan limau nipis mampu meningkatkan tahap adisiti yang mampu untuk melunturkan kesan karat. Caranya ialah taburkan garam di permukaan yang berkarat dan tuangkan air perahan limau nipis di bahagian yang berkarat. Tunggu selama 2 hingga 3 jam kemudian gosokkan di tempat yang berkarat. Jemur sehingga ianya kering dan lihatlah hasilnya.

Kertas Pasir


Penggunaan kertas pasir juga merupakan salah satu cara untuk kita menghilangkan karat. Permukaan kertas pasir yang kasar mampu menghilangkan kesan karat jika dilakukan dengan cara yang betul. Gosok permukaan yang berkarat dengan kertas pasir secara pantas. Semakin pantas anda menggosok semakin cepat kesan karat akan hilang. Saya panggil cara ni sebagai cara yang manual kerana memerlukan sedikit kudrat untuk menghilangkan kesan karat. Last sekali bilas dengan air yang bersih dan simpan ditempat yang selamat.

Minuman Coca – Cola


Air berkabonat ini cukup terkenal sebagai salah satu air yang terkemuka di dunia. Hampir semua negara memasarkan produk ini. Coco-cola mampu untuk menghilangkan karat yang terkumpul pada peralatan besi anda. Cara ini yang saya rasa paling mudah dan paling jimat kerana coco-cola dijual dengan harga yang murah. Mula-mula tuangkan air coco-cola kedalam baldi dan rendamkan peralatan anda selama satu jam. Gosokkan pada tempat yang berkarat dan lap dengan kain yang bersih.

Gabungan Ubi Kentang Dan Sabun Pencuci Pinggan


Anda pasti terkejut melihat bahan ini untuk dijadikan sebagai alat menghilangkan karat. Begitu juga dengan saya pada awalnya tetapi campuran ini memang berkesan untuk mengembalikan kilauan pada besi yang sudah berkarat. Pertama, pergi ke dapur rumah anda dan cari beberapa biji ubi kentang. Potongkan kepada beberapa bahagian dan kisar ataupun tumbuk sehingga lumat. Campurkan ubi kentang yang sudah lumat bersama dengan sabun pencuci pinggan dan sapukan pada bahagian yang berkarat sebelem disental bersama span aluminium.

Baking Soda dan Lemon


Campuran baking soda dan lemon boleh menghasilkan satu tindak balas yang membolehkan ia menghakis permukaan yang berkarat dengan cukup efektif. Campuran ini juga boleh membantu untuk menghilangkan karat tersebut dengan pantas sekali. Campurkan baking soda dan jus perahan lemon sehingga menjadi pes dan letakkan ke bahagian yang berkarat. Biarkan selama 15 – 20 minit sehingga ia kering. Anda boleh menggunakan lagi pes tersebut sekiranya karat masih boleh dilihat. Gosok dengan span aluminium tanpa dibilas dan jemur sehingga kering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat