8 Perubahan yang Terjadi Pada Tubuh Anda Selepas Berusia 40 Tahun


Semakin meningkat usia seseorang itu, semakin mereka takut untuk menghadapinya. Perasaan mereka semakin lama semakin nipis, senipis kulit bawang. Ketakutan yang mereka rasai semakin lama semakin besar. Perasaan risau akan ada perubahan pada diri mereka apabila meningkat umur tidak dapat dielakkan.

Satu persatu perubahan terpaksa mereka jalani. Daripada wajah secantik dan semanisnya bertukar kusam dan berkerut. Perasaan takut pada penuaan juga tidak lagi dapat dielakkan.

Oleh itu, kami senaraikan perubahan perubahan yang mungkin akan berlaku kepada anda atau sedang dan telah berlaku kepada anda semasa meningkat usia ke 40 tahun.

Berikut merupakan perubahan yang mungkin anda alami:

1. Semakin Mengecil

Seseorang semakin mengecil apabila mencapai umur 30-an dan perubahan besar pada ketinggian mereka boleh dilihat jelas semasa umur 40-an. Kajian mendapati seseorang lelaki boleh berkurang ketinggian sebanya 1 inci dari umur 30 sehingaa 70, manakala bagi seorang perempuan adalah sebanyak 2 inci.

2. Deria rasa berubah

Apabila seseorang itu lahir, mereka dikurniakan sebanyak 9,000 deria rasa. Walaubagaimanapun, setelah seseorang itu meningkat dewasa deria rasa mereka semakin hari semakin kurang dan ada yang terus hilang deria rasa.

3. Perubahan sistem Imun badan semakin kuat

Berita baiknya bagi seseorang yang semakin meningkat dewasa adalah imun badan mereka akan menjadi semakin kuat. Dimana mereka tidak mudah untuk jatuh sakit. Hal ini disebabkan, selama lebih dari 40 tahun pelbagai virus telah menyerang mereka dan membuat mereka kalis dengan penyakit.

4. Sistem pendengaran dan penglihatan menjadi semakin teruk

Pada usia tua, manusia kehilangan banyak perkara. Salah satunya adalah sistem penglihatan mereka. Mata mereka semain kabur dan tidak jelas.

Ramai antara mereka mempunyai masalah rabun mata. Sistem pendengaran mereka juga ungkin terjejas. Semakin hari semakin kurang bunyi yang dapat mereka dengari

5. Metabolisme semakin mengurang

Apabila anda mencecah usia 40 tahun sudah semestinya berat badan semakin menaik dan susah untuk menurunkannya kembali. Oleh itu, anda disarankan untuk menjaga pemakanan dan mengambil pemakanan yang mempunyai diet sihat.

6. Gigi menjadi kurang sensitif

Jika pada usia muda anda sering diserang sakit gigi dan gigi sensitif, jangan risau jika anda sudah meningkat umur masalah seperti ini tidak lagi akan menggangu hidup anda. Hal ini disebabkan oleh dentin yang terdapat pada gigi dan ia menyebabkan masalah kesensitifan pada gigi hilang.

7. Lebih memahami dan mudah menjadi seorang ibu bapa 

Pada peringkat usia 40 tahun anda telah menjalani pelbagai liku kehidupan dan pemikiran yang anda bawa telah pun matang.

Perasaan yang tidak perlu ada semasa umur seperti ini telah pun dibuang jauh. Anda dapat memahami dan berfikiran dengan lebih terbuka dan dapat membantu anak anak dalam menyelesaikan masalah mereka.

8. Rambut semakin berkurang

Seperti yang anda sedia tahu, semakin meningkat dewasa seseorang itu semakin berkurangnya nilai helaian rambut pada kepalanya. Jadi ia adalah sesuatu perkara yang sering berlaku. Rambut seseorang semakin hilang dan bertukar kepada warna putih.

Oleh itu, mulai dari sekarang jagalah kesihatan anda supaya kelak anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan cergas.

Kekuatan dari segi fizikal dan mental juga amatlah diperlukan untuk memastikan anda kuat untuk menjalani hari hari tua anda dengan bahagianya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat