Ketahui Cara Pencegahan Jangkitan HFMD Ke Atas Anak-Anak Anda, Cegah Sebelum Terlambat
Sebagai seorang ibu dan bapa, kesihatan anak anak adalah faktor utama yang sentiasa harus dijaga dan dititikberatkan. Bagi anak anak yang baru dilahirkan senstitiviti mereka terlalu tinggi sehinggakan memerlukan pemantauan yang khusus kepada mereka.
Penyakit HFMD iaitu sejenis penyakit kaki, tangan dan mulut yang semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak menjadi penyebab utama ketakutan dan kerisauan ibu bapa.
Apa itu HFMD?
HFMD adalah sejenis penyakit kaki, tangan dan mulut yang sering menyerang kanak-kanak melalui jangkitan yang berjangkit. Mereka yang terkena jangkitan ini akan mengalami ulser dalam mulut dan ruam pada tangan serta kaki.
HFMD terjadi daripada 2 jenis virus iaitu virus Coxsackie dan virus Enterovirus. Walaupun penyakit ini diwar-warkan hanya penyakit berjangkit yang biasa, namun maut boleh berlaku jika tidak dicegah dari awal. Virus ini mudah merebak jika pesakit mempunyai antibodi yang lemah terutamanya kepada kanak-kanak dan bayi.
Komplikasi yang akan berlaku kepada mereka yang menghidapi HFMD adalah
- Badan akan berasa dihidrasi
- Kekurangan air dan tenaga
- Hilang selera makan
- Kerap sakit perut
- Demam tidak kebah
- Muncul ruam kudis kemerah-merahan pada kulit
Pengawasan dari ibu bapa adalah sangat penting dilakukan kerana jangkitan virus ini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi jika anda menghantar anak-anak ke pusat asuhan, sekolah atau anda sendiri kerap ke tempat awam. Ia boleh merebak melalui sentuhan secara langsung daripada air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus.
Cara Pencegahan daripada HFMD
1. Sediakan hand sanitizer
Dapatkan losyen, krim, gel atau semburan hand sanitizer untuk anda dan anak-anak. Kerap sapukan pembersih pada tangan dan juga pada barang yang ingin disentuh. Bukan pada tubuh sahaja, semburkan juga antiseptik pada kawasan rumah, alat mainan dan kelengkapan rumah.
2. Cuci tangan
Amalkan tabiat mencuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun. Jadikan ia sebagai langkah awal sebelum melakukan sesuatu perkara seperti menyentuh anak-anak, menyediakan makanan, dan melakukan tugasan harian. Hal ini adalah penting bagi mengelak jangkitan penyakit HFMD.
Didik anak anda juga untuk sentiasa mengutamakan kebersihan dengan membasuh tangan serta menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
3. Elakkan ke tempat awam atau sesak
Kurangkan aktiviti beriadah di tempat awam yang terbuka terutamanya di kawasan taman, karnival atau parti yang sesak dengan orang ramai. Lakukan aktiviti riadah dan sebagainya di rumah sahaja bagi memudahkan mengawasi pergerakan dan aktiviti yang dilakukan oleh andak-anak anda. Jika anda ingin melakukan aktiviti diluar, pastikan anak-anak anda dan juga anda terjaga daripada persekitaran yang kotor dan tidak baik. Elakkan daripada menyentuh sesuatu yang mudah terkena jangkitan kuman.
Kebersihan merupakan tanggungjawab bersama. Pastikan anda sentiasa dalam keadaan yang terjaga dan melakukan langkah pencegahan awal terlebih dahulu dalam melakukan setiap aktiviti diluar ataupun di dalam rumah.