5.5 Juta Rakyat Malaysia Obes!

Sumber Rujukan : Public Health Malaysia

Tahukah anda 1 daripada 3 murid sekolah rendah mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti? Manakala 1 daripada 4 murid sekolah menengah juga mengalami masalah yang sama.

Apa yang lebih mengusarkankan, hanya 6% remaja makan cukup sayur-sayuran seperti yang disarankan iaitu 3 sajian sehari. Kurang daripada separuh golongan remaja Malaysia makan cukup buah-buahan seperti yang disarankan iaitu 2 sajian sehari. Sementara itu, hanya 19% remaja yang mengambil cukup susu dan produk tenusu dalam diet harian mereka iaitu 1 hingga 3 sajian sehari.

Kajian terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati 5.5 juta atau 30.6% rakyat Malaysia adalah gemuk dan obes. Trend yang membimbangkan ini akan meningkatkan lagi penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit kardiovaskular dan akan membebankan lagi kewangan negara untuk menampung perbelanjaan sistem kesihatan negara.

Kajian mendapati wanita mempunyai peratusan yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Masyarakat India pula mempunyai peratusan tertinggi berbanding kaum-kaum lain.

Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai kadar prevalen obesiti yang tinggi. Ini diikuti rapat negeri lain seperti Melaka dan Perlis.

Dan seiring dengan penemuan prevalen yang tinggi di Wilayah Persekutuan Putrajaya, penjawat awam seluruh Malaysia juga didapati mempunyai kadar prevalen yang tinggi berbanding pekerja swasta.

Untuk status perkahwinan pula, di dapati yang telah berkahwin mempunyai kadar peratusan prevalen yang lebih tinggi berbanding yang belum berkahwin/single.

Pada masa ini, prevalens obesiti di Malaysia juga lebih tinggi daripada prevalensi dunia sebanyak 13.0% pada tahun 2014.

Trend yang membimbangkan ini bukan sahaja memerlukan semakan segera dasar dan polisi kesihatan awam, tetapi perlu menyediakan persekitaran dan komuniti yang menyokong agar rakyat Malaysia berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Dengan ini penglibatan semua pihak tidak kira daripada agensi awam mahupun swasta, seperti Pihak Berkuasa Tempatan, NGO-NGO, Jabatan/Majlis Agama Negeri, ahli politik, ketua-ketua kampung/masyarakat perlu berganding sama dalam mengekang wabak Obesiti ini.

Sumber
NHMS, IKU, KKM

Satu komen untuk “5.5 Juta Rakyat Malaysia Obes!”

  1. PUTERI says:

    this is so worrying!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat