Kemiskinan Dan Kekayaan Bukannya Ukuran Seseorang Itu Hina Atau Mulia
Miskin atau kaya bukannya ukuran seseorang itu hina atau mulia. “Orang yang tidak takut menjadi miskin, malah akan menjadi kaya.” Harta bukanlah segalanya tetapi jika mempunyai harta kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat itulah yang terjaadi pada masa kini iaitu golongan kaya diagung-agungkan malahan yang miskin pula ditindas seperti tidak mempunyai hati dan perasaan.
Suami: “Dia kaya tetapi masih baik”
Isteri: “Tidak, dia baik sebab dia kaya”
Kalau diperhatikan betul-betul, dialog diatas menyimpan seribu satu makna yang berkaitan dengan kehidupan masa kini. Mesej yang disampaikan dalam filem Parasite ini banyak menyentuh mengenai masyarakat dan watak-watak utama dalam filem ini terdiri daripada golongan kaya dan golongan miskin.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kemiskinan mampu menghakis moraliti individu. Anda akan dipertontonkan bagaimana keluarga miskin sanggup melakukan apa saja untuk bermandiri (survive) dalam kemiskinan. Malah, individu yang asalnya baik berubah menjadi sadis setelah dibuang kerja.
Disebabkan itulah munculnya dialog si isteri dari keluarga miskin dalam filem ini yang berkata, “dia boleh jadi baik kalau dia kaya.” Dialog si suami pula yang berkata, “Dia kaya, tetapi masih baik” menunjukkan ciri masyarakat yang sering melihat orang kaya sebagai orang yang sombong dan suka menindas golongan miskin.
Hakikatnya yang sebenarnya tidaklah semudah itu kita menghukum seseorang. Malah, orang yang hidup selesa dan terhindar daripada kemiskinan hidup lebih mudah menjaga peribadi dan akhlaknya. Munculnya stigma sebegitu bukannya produk daripada kekayaan individu, tetapi daripada penindasan polisi — kapitalism.
Dalam filem ini juga, keluarga si miskin sering menyebut, “What is your plan after this.” Pada pendapat saya mesej ini cukup mendalam (profound) bagi menggambarkan bagaimana kemiskinan dapat mempengaruhi kecerdikan dan kesihatan psikologis individu. Banyak kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa kemiskinan dapat merendahkan IQ seseorang. Berpunca dari itulah kita tidak sepatutnya menyalahkan mangsa kemiskinan dalam kegagalannya untuk merancang hala tuju hidup kerana mereka mempunyai masalah mereka yang tersendiri.
Dengan mengatakan mereka malas, tidak bekerja dengan kuat dan sebagainya tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapai oleh mereka kerana kemiskinan itu sendiri telah banyak menghakis kesejahteraan diri mereka untuk berfungsi dengan baik.
Kemiskinan dan kesempitan seperti kemiskinan wang dan kesempitan masa akan menjatuhkan jalur mental manusia (mental bandwith). Kemiskinan juga menyebabkan sukar untuk akses kehidupan yang lebih sihat. Kehidupan yang tak sihat seperti minum alkohol yang berlebihan, merokok, tidak bersenam, makan makanan ringan secara berlebihan (kerana makanan sihat terlalu mahal) yang akhirnya memberikan kesan pada kelemahan kognitif otak.
Kesimpulan dari cerita ini menunjukkan bahawa tidak semestinya orang kaya tidak mempunyai akhlak yang baik. Kita tidak seharusnya menghukum seseorang itu dari luaran. Contohnya apabila melihat orang yang kaya kita akan menganggap orang kaya tersebut sombong kerana mempunyai harta yang banyak. Golongan Miskin pula tidak harus ditindas kerana orang miskin tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kehidupan mereka sehinggakan kesihatan mereka juga terjejas.
Filem ini telah memenangi anugerah Palme d’Or di 2019 Cannes Film Festival,
menjadikan filem Korea pertama yang menerima anugerah tersebut.
Rujukan;
1. Al Hazzouri, A. Z., Elfassy, T., Sidney, S., Jacobs, D., & Yaffe, K. (2017). Sustained economic hardship and cognitive function: The coronary artery risk development in young adults study. American journal of preventive medicine, 52(1), 1-9.
2. Kelly, M. (2013). Poor concentration: Poverty reduces brainpower needed for navigating other areas of life. News at Princeton, Princeton University, August, 29.
3. Tucker-Drob, E. M., & Bates, T. C. (2016). Large cross-national differences in gene× socioeconomic status interaction on intelligence. Psychological science, 27(2), 138-149.
4. Maslow, A. H. (1943). A theory of human motivation. Psychological review, 50(4), 370.
5. Lotter, H. P. P. (2007). The moral challenge of poverty’s impact on individuals. Koers: Bulletin for Christian Scholarship= Koers: Bulletin vir Christelike Wetenskap, 72(2), 261-282.
6. Parveen, R., Hussain, M., Majeed, I., Afzal, M., & Gilani, S. A. (2018). Influence of Poverty on Moral Development in Rural Community Lahore. International Journal of Social Sciences and Management, 5(3), 113-124.