Tiada Latar Belakang Pengajian Agama, Amin Idris Minta Berhati-hati Dengan Ustazah Viral
Sejak dua menjak ini, isu berkenaan dengan seorang Ustazah cukup menggemparkan dunia media sosial. Ramai yang mula marah dan bengang dengan individu yang dikenali dengan nama Siti Afifah atau Ustzah Viral itu.
Sebelum ini, individu berkenaan telah membuatkan orang ramai panas, apabila dia telah mendakwa ‘dayus’ kepada golongan suami yang membiarkan para isteri bersalin dengan doktor lelaki. Dakwaan hebat itu mendapat perhatian ramai pihak khususnya para pakar dan agamawan.
Bukan sahaja Ustazah Viral yang dikecam hebat namun suaminya yang turut menyokong apa yang didakwa oleh wanita ini juga turut dikecam.
Tiada Latar Belakang Pengajian Agama, Amin Idris Minta Berhati-hati Dengan Ustazah Viral
Berkait dengan isu ini, penceramah motivasi, Amin Idris menerusi aplikasi TikTok miliknya meminta orang ramai berhati-hati memandangkan Ustazah Viral berkenaan tiada latar belakang pengajian agama. Bukan itu sahaja, dia juga sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
“Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.”
“Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.”
“Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar.”
Amin Idris turut memberitahu beberapa hukum Islam dalam soal aurat pesakit wanita. Menurutnya, doktor lelaki yang menguruskan wanita bersalin diklasifikasikan sebagai darurat. Hal itu kerana ada dua nyawa yang perlu diselamatkan.
Soalannya adakah betul itu dayus? Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita.
Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan. Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.
Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu.
Bila kita baca lebih sikit, bercakap atas landasan ilmu dan fakta, kita tak akan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan.
Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang…
Dalam masa yang sama, Amin Idris berkata tidak ramai wanita yang mampu memikul tugas ataupun tanggungjawab sebagai doktor Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana ianya sangat berat dan dahsyat. Amin juga turut menyentuh soal hantar isteri ke hospital swasta,
Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.
Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan.
Dan dicadangkan wajib suami simpan duit demi hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senang cakap.
Tau tak sekarang ini, rakyat Malaysia masih ramai yang struggle, tak ada kerja tetap, masih mencari-cari rezeki. Tetiba nak suruh simpan duit. RM4,000 itu harga dulu, sekarang mana dapat!
Semoga dengan apa yang disampaikan oleh Amin Idris berkenaan dengan Ustazah Viral itu memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua.
Sumber: TikTok iamaminidris
Baca juga: “Ayah Minta Maaf Nak..” Lelaki Meraung, Kehilangan 4 Orang Ahli Keluarga Sekaligus